Get $25 free
loading...

WAJIB BACA !! 5 Tabiat Ini Perlu Anda Elak Ketika Memandu Kereta Transmisi Automatik

Memandu kereta bertransmisi automatik lebih mudah jika dibandingkan dengan membawa kereta bertransmisi manual, tetapi ada beberapa perkara yang perlu anda elak supaya kereta anda lebih terjaga.
Satu video yang dimuat naik oleh Jason Fenske dari EngineeringExplained di Youtube, menjelaskan beberapa tabiat buruk memandu kereta automatik yang mungkin boleh membahayakan kereta. Fenske bukan sahaja menjelaskan tabiat yang perlu dielakkan, malah dia juga turut menjelaskan secara teknikal kenapa ia perlu dielakkan
1 – Jangan sesekali menuruni bukit dalam keadaan ‘Neutral’.
Menurut Fenske, sesetengah orang mempunyai tabiat meletakkan kereta dalam keadaan neutral ketika menuruni bukit dengan alasan untuk menjimatkan minyak. Namun kata Fenske, enjin zaman moden mempunyai cara tersendiri untuk menjimatkan minyak jadi meletakkan kereta dalam keadaan ‘neutral’ ketika menuruni bukit untuk menjimatkan minyak adalah mengarut. Malah ia boleh membahayakan kerana anda kehilangan beberapa kawalan terhadap kereta anda ketika ia dalam keadaan ‘neutral’ (seperti memecut).
2 – Jangan sesekali tukar arah tanpa berhenti.
Di dalam ‘point’ kedua, Fenske berkata jangan sesekali menukar arah(ke hadapan atau ke belakang) tanpa berhenti sepenuhnya. Jika tidak, anda akan meletakkan tekanan ke atas sistem transmisi yang terpaksa bekerja sebagai brek. Ini boleh menyebabkan sistem transmisi kereta anda rosak.

3 – Jangan sesekali tekan minyak dalam keadaan ‘neutral’ kemudian pecut.
Mungkin tabiat ini dilihat sebagai trend, tetapi tabiat menekan minyak dan meletakkan kereta dalam ‘drive’ boleh menyebabkan sistem transmisi anda lebih cepat haus. Dan sistem transmisi sangat mahal untuk ditukar ganti.
4 – Tak ada sebab untuk letakkan kereta anda dalam keadaan ‘neutral’ ketika menunggu lampu isyarat merah. (Gunakan brek untuk menunggu)
Ketika di lampu merah, Fenske menasihati pemandu supaya menggunakan brek untuk menunggu. Rasionalnya, Fenske berkata kereta lebih mudah bergerak dari keadaan brek jika dibandingkan dari keadaan “neutral” ke “drive”.
**Nasihat kami, jika anda perlu menunggu lama, lebih baik letak kereta dalam keadaan ‘neutral’. Jenuh kaki nak tekan brek. ðŸ˜‰
Tapi apa yang perlu anda ‘take note’ adalah terlalu kerap menukar gear dari ‘drive’ ke ‘neutral’ juga akan membawa kesan negatif terhadap sistem transmisi kereta anda.

5 – Jangan letakkan kereta dalam keadaan ‘Parking’ sebelum ia betul-betul berhenti.
Sekiranya anda mahu ‘parking’ kereta anda, pastikan ia betul-betul berhenti sebelum meletakkan gear ke mode ‘parking’. Jika tidak, anda boleh menyebabkan bahagian (pin pengunci) yang mengunci sistem transmisi anda dari bergerak rosak.

Ingin lebih penjelasan teknikal? Tonton video ini :

Sumber: Siakap Keli
Previous
Next Post »
loading...