Get $25 free
loading...

Khairy Jamaluddin sahkan pegawai ‘songlap’ dana RM100 juta adalah dibawah kementeriannya


Khairy Jamaluddin sahkan pegawai 'songlap' dana RM100 juta adalah dibawah kementeriannya


KJ sahkan pegawai KBS 'songlap' RM100 juta
KJ sahkan pegawai KBS ‘songlap’ RM100 juta
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini mengesahkan individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penyalahgunaan dana RM100 juta adalah pegawai dibawah kementeriannya.
Katanya, SPRM telah memaklumkan kepadanya beberapa mingu lepas bahawa satu siasatan sedang dijalankan ke atas pegawai tersebut.
“Saya telah menyatakan kesediaan Kementerian Belia dan Sukan dan agensi-agensi dibawahnya untuk memberikan kerjasama penuh kepada SPRM supaya siasatan ini dapat dijalankan dengan pantas dan menyeluruh,”katanya dalam satu sidang medianya di kementerianya hari ini.
Mengulas lanjut, Khairy berkata pihaknya menyerah sepenuhnya kepada SPRM untuk mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan hasil siasatan.
“Saya akan terus menyokong usaha SPRM dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa,” katanya.
Terdahulu, SPRM telah menahan seorang Setiausaha Bahagian di sebuah kementerian pada 17 Mac lalu selepas disyaki terlibat dalam sindiket menyeleweng dana kerajaan berjumlah lebih RM100 juta.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, lapan lagi suspek ditahan terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita yang kesemuanya merupakan kontraktor.
Menurutnya, pegawai kerajaan berkenaan disyaki menjadi ‘mastermind’ yang mengarahkan salah sebuah agensi kementerian itu membuat bayaran kepada kira-kira 14 buah syarikat kontraktor bagi tujuan menjayakan program-program berkaitan sukan yang tidak wujud.
Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Sumber: Sinar Harian
Previous
Next Post »
loading...