Get $25 free
loading...

Ila Damia Selamat Bernikah Dengan Penyelia Keselamatan

src="https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_s6DZvSkdPP3FE0xOZgeVoEaXp-uP9hx44bjRqoGrfKgTlV_zwAmRH02TqFFS3_iU228SLDWA25_Q=s0-d">

Kredit foto BH onlineKredit foto BH online

Penyanyi kelahiran program Mentor, Ila Damia, 27, selamat bernikah dengan pasangannya, Abg Mohd Sahril Abg Spian, selepas lebih sembilan tahun berkenalan.

Majlis pernikahan bekas protege kepada Joe Flizzow dengan pemuda yang bekerja sebagai Penyelia Keselamatan itu diadakan di Dewan Hikmah, Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

Ila dan Sahril sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Pasangan itu dinikahkan sendiri bapa Ila, Johar Allen, pada jam 9.20 pagi.

Pada majlis itu, pengantin perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dan mas kahwin RM120. Turut hadir pada majlis tersebut Joe serta SonaOne.

Memetik laporan BH Online, Ila berkata, dia dan suaminya pernah terpisah selama dua tahun selepas masing-masing menamatkan persekolahan di Kuching sehinggalah penyanyi itu menyertai program Mentor musim keempat. Mereka berjumpa semula sekitar hujung 2013 di ibu kota.

Kata artis naungan Kartel Records milik Joe ini juga, selepas berkahwin, beliau akan menetap di negeri kelahiran mereka bagi mengikut suaminya yang bekerja di Kuching.

"Saya akan berulang-alik antara Kuching dan Kuala Lumpur jika ada tuntutan kerja di ibu negara. Malah, syarikat rakaman juga tiada masalah berhubung perkara ini," katanya.

Sementara itu, majlis bertandang akan diadakan di rumah keluarga pengantin lelaki pula, pada minggu depan.


Previous
Next Post »
loading...