Get $25 free
loading...

Kak Engku Tawar Hati, Nekad Tinggalkan Sinar FM

..

Selebriti Raja Azura, 43, mengumumkan akan meninggalkan stesen Sinar FM setelah hampir 10 tahun mengendalikan segmen Sinar Pagi di stesen radio pilihan ramai itu.

Memetik laporan Kosmo! wanita yang lebih mesra disapa Kak Engku itu mengakui, sehingga kini kepedihan tidak lagi mengendalikan segmen Sinar Pagi bersama Salih Yaacob dan Krill masih berbekas.

Luahnya ibarat seperti ditinggalkan suami, begitulah kesan apabila kontraknya dengan stesen radio itu tidak lagi disambung dan digantikan penyampai baharu yang terdiri daripada kumpulan Sepahtu.

Justeru dia nekad bersara daripada menjadi penyampai radio dan memberi fokus ke bidang pengacaraan.

"Bukan senang untuk melupakan kerjaya di Sinar FM, begitu juga saya. Selama 10 tahun bersama, banyak pahit manis telah kami jalani. Sebelum ini, kerjaya di stesen radio tersebut merupakan segala-galanya. Saya beri apa yang saya ada untuk membangunkan stesen radio tersebut.

"Boleh saya katakan, saya hidup untuk menghiburkan pendengar yang setiap pagi setia mendengar celoteh kami bertiga. Apabila tidak lagi bersama, memang sukar untuk saya terima kenyataan. Semua akan kembali normal, mungkin untuk saya ia belum sembuh lagi.

"Saya, Salih dan Krill mengambil masa selama tiga tahun untuk mendapatkan keserasian. Jadi, saya memang sudah tawar hati dan ingin bersara daripada terus menjadi penyampai radio. Saya jenis orang yang nekad. Kalau saya kata tidak, memang tidaklah sampai bila-bila.

"Saya sedang fokus dalam bidang pengacaraan dan lebihkan penampilan di kaca televisyen. Jika sebelum ini ia terbantut kerana tuntutan kerjaya saya sebagai penyampai di Sinar FM, sekarang ia tidak lagi menjadi masalah buat saya," katanya pengacara Kilauan Emas Otai ini.

 

 

 

 

Previous
Next Post »
loading...