Get $25 free
loading...

OlaBola Kutip RM2.5 Juta Selepas 4 Hari Tayangan

..

Filem 'OlaBola' yang mula ditayangkan pada 28 Januari lalu menerusi 126 pawagam di seluruh negara dan Brunei, berjaya mengutip RM2.5 juta dalam tempoh empat hari.

Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan ,berkata filem fiksyen sentuhan pengarah Chiu Keng Guan itu mendapat sokongan dan reaksi positif rakyat Malaysia.

"OlaBola turut memberikan impak besar di laman sosial dan menjadi trending di laman twitter sebanyak enam kali.

"Istimewanya, rata-rata tweet di laman Twitter dibanjiri oleh pemilik akaun dari pelbagai lapisan rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan

Tan berkata, filem itu bukan hanya memaparkan sukan bola sepak, malah menonjolkan semangat perpaduan di Malaysia.

Diilhamkan daripada kisah benar, OlaBola mengisahkan semangat juang pemain bola sepak negara yang pernah mengharumkan nama Malaysia apabila layak ke Sukan Olimpik Moscow, Russia pada tahun 1980.

Filem ini menampilkan aktor hebat, Bront Palarae dan Frankie Lee, Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-27.

- BERNAMA

 

 

Previous
Next Post »
loading...