- Details
- Published on Tuesday, 02 February 2016 07:17
.
Pelakon Ashraf Sinclair menyatakan hasratnya untuk kembali membintangi filem-filem tempatan. Suami kepada pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) ini juga mengakui teruja dengan perkembangan industri perfileman di Malaysia sekarang.
"Saya berminat untuk kembali membintangi filem-filem tempatan kerana banyak perkembangan terbaru dalam industri filem Malaysia.
"Lebih-lebih lagi saya lihat anak muda di Malaysia mempunyai idea-idea yang cukup bagus.
"Saya sendiri sangat teruja melihat hasil-hasil kerja pembikin filem tempatan," katanya seperti yang dilaporkan Awani
Ashraf juga mengakui berlakon dalam sinetron sungguh memenatkan kerana jadual penggambaran yang cukup lama sehingga jarang berjumpa keluarga.
Setakat ini dia sudah menjayakan hampir 700 episod Sinetron.
"Apabila saya berada di set penggambaran banyak perkara yang saya tidak terlepas atau tidak dapat buat.
Terutamanya untuk bertemu keluarga dan perniagaan saya. Mungkin pertengahan tahun ini saya tidak mahu terlalu terlibat dengan Sinetron dan fokus pada filem pula," katanya.

Vcm Rasmi Lancar Volvo Ex90 Untuk Pasaran Malaysia ...

Sempena Hari Jadi Ke-47, Noorkhiriah Terima Hadiah ...

Nora Danish & Rayqal Buat Trend Velocity [vi ...

Polis Dirasuk Ketika Meronda Di Rumah Kosong ...