Get $25 free
loading...

Hilang Jiwa Berlakon, Sara Fokus Misi Bantu Muslim Jadi Usahawan

..

Mengakui sudah lama menyimpan hasrat mahu memakai tudung, akhirnya pada 1 Januari lalu, Sara Ali nekad berhijab penuh.

Namun pelakon wanita berusia 25 tahun ini menolak dakwaan mengatakan perubahan imej itu kerana kononnya dia bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini.

Menurut pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama (ASK 2015) ini, sebaliknya keputusan untuk berubah imej dilakukan selepas dia dikurniakan hidayah.

"Bukan sebab mahu berkahwin. Saya rasa saya akan betul-betul fokus soal mendirikan rumah tangga pada tahun depan bukan tahun ini. Calon pun belum ada macam mana nak kahwin", ujarnya sambil tertawa sebelum meneruskan kata-kata,

"Sebenarnya sudah lama saya mahu bertudung cuma saya tercari-cari masa yang sesuai. Sejak tahun lalu saya mula berubah secara perlahan-lahan misalnya dari segi tingkah laku dan tinggalkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

"Keputusan ini adalah satu keputusan yang sangat besar dalam hidup saya. Berhijab umpama maruah dan kalau saya belum betul-betul bersedia, saya tak mahu mempermain-mainkan maruah diri sendiri.

"Memang bertudung itu wajib tetapi jika belum dapat hidayah, ia tidak akan berlaku. Alhamdulillah, saya sudah diberikan hidayah. Sepertimana orang lain yang mempunyai cerita sendiri bagaimana hidayah itu datang kepadanya, saya juga ada cerita saya.

"Saya gembira dengan kehidupan saya sekarang tambahan orang sesekeling saya juga memberikan sokongan respon positf apabila mereka lihat saya sudah berhijab," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran syarikat naungannya iaitu Paranormal, bertempat di Damansara, pada Selasa.

Memandang sudah tampil dengan imej muslimah, justeru dia sendiri meletakkan beberapa syarat dalam kerjaya lakonannya. Sekiranya syarat tersebut dipersetujui pihak penerbit juga produksi, dia akan menerima tawaran tersebut.

Bagaimanapun Sara mengakui sebetulnya dia sudah tiada minat dan rasa cinta terhadap dunia lakonan sejak kebelakangan ini. Perasaan itu mula timbul sejak acapkali ditawarkan watak dan karakter yang sama beberapa kali.

"Sejak tahun lepas saya mula rasa yang jiwa saya ke arah lakonan sudah hilang. Selama ini saya cuba juga memaksa diri saya untuk buat-buat seperti passion dalam diri itu masih kuat tapi sebenarnya tidak.

"Walaupun ada pujian mengatakan lakonan saya bagus, namun sejujurnya apabila berlakon saya sudah tidak rasa apa-apa lagi. Mungkin sebab saya asyik ditawarkan watak-watak yang saya sudah pernah lakonkan jadi saya sudah bosan.

"Saya rasa bukan saya saja yang ada perasaan sebegitu, ramai pelakon lain yang mana sampai satu tahap akan rasa bosan kerana terpaksa berlakon watak yang sama. Tapi saya tidak menolak jika ada naskah atau tawaran karakter yang berbeza.

"Sejak bertudung, saya letak beberapa syarat misalnya jika karakter yang ditawarkan betul-betul sesuai dengan imej saya, saya akan terima. Jika pihak produksi penerbit atau pengarah tidak boleh mengikut syarat saya tidak mengapa dan saya lepaskan tawaran tersebut," katanya.

Selain dia turut menantikan beberapa drama lakonannya sebelum berhijab yang masih belum ditayangkan antaranya filem Upin dan Ipin The Movie.

Pun begitu kata pelakon filem Kami Histeria ini, tidak bermaksud dia akan meninggalkan terus industri seni. Tetapi dia dalam perancangan merealisasikan impiannya bergelar pengarah dan mahu menghasilkan sebuah filem epik sejarah. Filem tersebut dijangka akan memulakan penggambaran sekitar tahun hadapan.

Dalam pada itu kongsinya lagi, dia kini cenderung perniagaan membantu umat islam menjadi usahawan dalam masa 12 bulan. Meskipun menyedari ekonomi negara sekarang dalam situasi tidak menentu namun syarikatnya menawarkan perkhidmatan berkongsi formula bergelar usahawan tanpa menjual sebarang produk sebaliknya hanya membawa diri sebagai modal insan.

"Sejak Disember tahun lalu, saya bersama rakan kongsi saya memulakan perniagaan ini dibawah syarikat kami iaitu HMEO (Help Muslim Each Other) Agency Sdn Bhd, HMEO Marketing Sdn Bhd dan dan saya sendiri mengendalikan bahagian HMEO Consultansy.

"Ia bukan perniagaan berkonsep multi-level (MLM). Tapi kami berkongsi formula bagaimana untuk menjadi usahawan yang berjaya dalam masa 12 bulan. Kalau ingin tahu lebih lanjut boleh layari http://ift.tt/1SrLEpu. Alhamdulillah setakat ini saya dan rakan kongsi saya usahakan ini mendapat sambutan dan respon positif ramai pihak," tuturnya.

- mD

 

 

 

 

 

Previous
Next Post »
loading...