loading...

IBU jawab ISU 3 Wanita Bertudung Bawa Anjing Jalan-Jalan



As Salam. Untuk makluman semua, video tersebut melibatkan anak saya Nurul Ain Fatin bt Raslan yang kini mengikuti kursus veterina di UPM. 

Video yang diviralkan adalah semasa anak saya dan rakan2 menjalani latihan di PAWS Animal Welfare Society yang beroperasi di Pilmoor Estate Subang Airport Road, Subang yang dirakam tanpa izin dan perakam tidak pula mengambil usaha untuk bertanya sebelum meviralkan video tersebut. 

Sebagai pelajar dan pelatih pelajar diminta untuk melaksanakan tugasan sebagaimana yang diperlukan bagi kursus veterina (termasuk anjing). 

Semoga pencerahan ini dapat membantu. Mohon tidak diperpanjangkan hal ini dan tidak terus diviralkan. 

Semoga ianya menjadi pengajaran untuk kita semua. Terima kasih. Raslan dan famili
(Kalau tengok pun tahu... pasal siap pakai boot apa semua)
Previous
Next Post »
loading...