Get $25 free
loading...

Nelydia Nafi Kembali Bercinta Dengan Qi

onclick="window.open(this.href,'win2','width=400,height=350,menubar=yes,resizable=yes'); return false;">Email

..

Nelydia Senrose, 22, menafikan dia dan bekas kekasihnya yang juga pelakon, Qi Razali, 39, kembali bercinta.

Memetik laporan Harian Metro, pelakon yang mesra dengan panggilan Nely ini, selepas putus cinta pada hujung Ogos tahun lalu, mereka sekadar berhubung mengenai kerja.

"Walaupun sudah putus, kami tidak pernah bermusuh. Hubungan kami masih baik dan sesekali kami bercakap soal kerja dan tidak lebih dari itu.

"Namun, saya tidak mahu terlalu bercakap mengenai perkara ini kerana kita tidak tahu bagaimana keadaan pada masa akan datang," katanya.

Nelydia juga menyangkal desas-desus mengatakan dia akan berkahwin tahun ini. Sebaliknya dia sekarang sibuk menjalani penggambaran drama Jasmine

“Kalau betul saya nak kahwin dalam masa terdekat ini, sudah tentu sekarang saya sibuk membuat persiapan kahwin.

Sebaliknya saya kini sibuk di lokasi penggambaran," katanya.


Previous
Next Post »
loading...