Get $25 free
loading...

Nas-T Serius Sertai Kejohanan Bina Badan

..

Pelakon dan pengacara Nas-T memberitahu dia kini melibatkan diri secara serius dengan sukan bina badan bagi menyertai beberapa pertandingan yang dianjurkan dalam negara.

Memetik laporan mStar online, Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar, 33, berkata, tujuannya untuk menyertai pertandingan itu bukan untuk mengejar kemenangan menang, sebaliknya mendapatkan pendedahan terhadap sukan itu.

"Fokus saya ialah bina badan untuk sertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan, tahun lalu saya terlibat dengan dua pertandingan dan tahun ini ada tiga lagi pertandingan besar.

"Masa saya setiap hari banyak habiskan di gimnasium, saya sertai pertandingan bukan untuk menang tetapi mahu capai sesuatu matlamat yang ditetapkan ketika membina badan," ujarnya.

Dalam pada itu, Nas-T berkata, dia kini sedang melatih rakan-rakan artis lain termasuk pelawak Shuib Sepahtu untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Nas-T berkata juga terlibat dengan rancangan musim baharu Meletop Kebaboom yang bersiaran setiap Selasa di Astro Ria.

 

 

Previous
Next Post »
loading...