Dalam keadaan kegawatan ekonomi begini, para suri perlu ambil langkah berjimat cermat. Sebenarnya, lampin pakai buang anak kecil kita itu jangan dibuang. Ada banyak kegunaannya.
Salah satu cara yang boleh dipraktikkan oleh para suri adalah menjadikan baja untuk pokok-pokok yang ada di rumah anda.
Gel di dalam lampin pakai buang ini boleh menyerap air dengan banyaknya. Jadi air yang disiram pada pokok akan diserap oleh gel dan disimpan untuk beberapa ketika. Dikatakan ia boleh bertahan untuk beberapa hari.
Tanah yang telah dicampurkan dengan gel-gel dari lampin pakai buang itu telah membantunya menyimpan air dengan baik.
Kalau mahu menghasilkan gel-gel yang berwarna, anda boleh mencampurkan pewarna yang telah dibancuh dengan air dan dicurahkan ke atas lampin pakai buang.
Jika anda menanam pokok kecil, gel yang dihasilkan dari lampin pakai buang tadi boleh diaplikasikan pada satu pasu kecil.
Langkah Demi Langkah
Bahan-bahan:

1 keping lampin pakai buang
1 cawan air
½ pasu tanah
Pokok hiasan
Langkah 1
Tuangkan air ke bahagian dalam lampin pakai buang.
Langkah 2
Tunggu seketika sehingga gel mengembang. Lalu, buka lapisan atas dan keluarkan gel.
Langkah 3
Gemburkan gel dengan tanah.
Langkah 4
Tanam pokok hiasan di dalam gabungan tanah dan gel tadi.
Sumber: mingguanwanita