- Details
- Published on Wednesday, 03 February 2016 08:16
Biarpun sudah mengikat tali pertunangan hampir tiga tahun lalu namun penyanyi Indah Ruhaila memberitahu dia dan tunangnya tidak terburu-buru mahu menamatkan zaman solo kerana masing-masing belum betul-betul bersedia.
Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussin, 29, berkata, soal perkahwinan bukan sesuatu yang boleh diambil ringan dan dia ingin memastikan benar-benar bersedia sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
"Ramai yang bertanya bila saya hendak berkahwin memandangkan rakan-rakan seangkatan sudah pun berumah tangga.
"Saya tidak tertekan dengan soal itu kerana bagi saya banyak perkara perlu dipertimbangkan kerana perkahwinan yang ingin dibina bukan untuk sehari dua.
"Insya-Allah jika sudah sampai masanya, saya sendiri akan umumkan kepada semua," katanya seperti yang dilaporkan mStar Online.
Malah kata pelantun lagu Percayalah ini, mereka berdua ingin mengukuhkan karier masing-masing terlebih dahulu selain membuat persediaan lain.
"Seperti saya, jadual memang padat dan tahun ini adalah masanya untuk saya kembangkan karier ke tahap lebih tinggi dan Alhamdulillah tunang saya banyak memberi sokongan.