Get $25 free
loading...

Farah Nabila Ditawar Jadi 'Escort Girl', Bayaran RM40,000

..

Pelakon drama Inikah Cinta, Farah Nabila mendakwa diperdaya individu yang menyamar sebagai pengacara popular TV3, Ally Iskandar yang menawarkan bayaran sebanyak RM40,000 untuk pekerjaan sebagai gadis peneman atau 'escort girl', baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, Farah berkata, dia menerima mesej berkenaan di laman Instagram dan pada mulanya individu yang menyamar sebagai Ally itu menawarkan pekerjaan sebagai pengacara program travelog yang akan diterbitkan oleh Ally.

Dia yang tertarik dengan tawaran itu kemudian membalas mesej berkenaan selain memberi nombor telefon bimbitnya.

"Apabila sudah berbalas mesej, saya mempelawa untuk berjumpa bagi mengetahui butiran lanjut mengenai program berkenaan, tetapi dia mula mengubah topik.

“Mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, saya mendesaknya untuk memberitahu perkara sebenar. Selepas itu barulah dia mengaku tawaran sebanyak RM40,000 itu bukan untuk program travelog, sebaliknya saya perlu melayan seorang lelaki kenamaan untuk satu pakej,” kata gadis berusia 24 tahun ini.

Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Farahdhiya turut menerima tawaran yang sama.

Sementara itu, Ally Iskandar berkata, dia mengganggap individu yang melakukan perkara itu mengalami masalah mental.

"Saya tidak tahu apa tujuan dia memilih saya untuk melakukan perbuatan ini. Menggunakan modus operandi yang sama, mungkin juga kerana kerja saya yang banyak berurusan dengan ramai artis menyebabkan dia mengambil kesempatan.

"Memang ramai artis yang marah dengan saya kerana tidak mengambil tindakan apa-apa. Saya sedang menyiasat perkara ini dan ada beberapa bukti yang sudah ditemui untuk mendakwa lelaki berkenaan,” katanya.

 

Previous
Next Post »
loading...