- Details
- Published on Monday, 15 February 2016 12:58
.
Vokalis kumpulan Wings, Awie, sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini, atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya, dua tahun lalu.
Memetik laporan BH online, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Husna Dzulkifly.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Awie didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Rozana Misbun, 38, di hadapan kaunter PNB, Jalan Tun Razak, jam 3 petang, pada 2 Jun 2014.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Mahkamah membenarkan Awie diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Februari ini untuk sebutan semula kes.