- Details
- Published on Wednesday, 03 February 2016 08:37
Sejak berkahwin kali kedua dengan Adam Sofian dua tahun lalu fokus penyanyi Atilia Haron adalah mahu mendapatkan cahaya mata namun rezeki masih belum menyebelahi mereka.
Menerusi laporan mStar online, Atilia berkata dia belum belum berputus asa malahan dia sanggup memperlahankan karier seninya semenjak berkahwin kerana ingin memberi fokus dalam mendapatkan anak.
"Siapa yang tidak mahukan anak? Orang kata saya tidak mahukan anak kerana ingin jaga badan dan ia tidak benar sama sekali.
"Pada usia saya sekarang anak adalah anugerah yang kami inginkan dan sentiasa berusaha ke arah itu namun rezeki belum menyebelahi kami," katanya yang turut menyatakan masih belum berputus asa.
Atilia, 42, dan Adam berkahwin pada 31 Ogos 2014.
Dalam pada itu Atilia kini sibuk menumpukan kepada perniagaan pusat yoga iaitu Yoga One That I Want yang kini mempunyai tujuh buah cawangan di sekitar Lembah Klang.
Perkembangan lain, Atilia baharu sahaja muncul dengan single terbaharunya berjudul Aku Curiga yang juga lagu nyanyian asal ibunya sendiri, Salamiah Hassan.
Selain dia juga sedang menyiapkan album ketiganya yang dijangka dipasarkan pada Mei depan.