loading...

[INI BAGUS] Syed Saddiq Terima Teguran PAS Untuk Jadi Lebih Baik

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerima teguran seorang pemimpin PAS berhubung etika berpakaian ketika bersenam bersama kakitangan kementerianya baru-baru ini.
Syed Saddiq berkata dia menerima teguran untuk menjadi lebih baik.
“Saya terima kritikan dengan hati yang terbuka, saya akan perbaiki diri, saya akan terus fokus kepada amanah di kementerian dan Parlimen Muar,” katanya.
Terdahulu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Muhtar Suhaili menasihatkan Syed Saddiq supaya menunjukkan contoh lebih baik dalam etika berpakaian, sambil memuatnaik gambar menteri itu bersenam dengan memakai seluar pendek atas paras lutut.
Muhtar memuatnaik gambar itu di Facebook Rabu lalu.
Tidak dapat dipastikan acara yang dipaparkan dalam gambar itu, tetapi Syed Saddiq pada hari pertama bertugas mengajak kakitangan kementerian bersenam sebelum atau selepas waktu bekerja. - FMT
Previous
Next Post »
loading...