loading...

HANG TUAH BUKAN CINA


HANG TUAH BUKAN CINA

Pusara Hang Tuah mashsyor dikatakan ada di Palembang dan di jaga rapi serta di beri penghormatan tinggi oleh melayu Sumatera Selatan-Palembang padanya.

Sebut sahaja mengenai Hang Tuah, ramai puak Chauvinist, geng Cholarian, dan juga Melayu Appologedik akan mula berdendang bahawa pahlawan Melayu ini merupakan bangsa cina. Mereka mempunyai hujah mereka untuk mengatakan bahawa Hang Tuah adalah daripada bangsa cina. Justeru artikel ini akan berbentuk Q&A, di mana setiap soalan akan direka berdasarkan hujah-hujah mereka

Soalan: Hang bukan nama biasa yang digunakan oleh orang Melayu. Hanya Hang Tuah lima bersaudara dalam sejarah yang bernama Hang. Nama bangsa Melayu tidak mempunyai nama keluarga. Kalau nama ayah akan dibinkan. Jadi tak logic kalau Hang Tuah, dan terdapat orang lain yang turut berkongsi nama Hang.

Jadi, nama Hang yang sebenarnya ialah Hang Too Ah. Nama Hnag Jebat ialah Hang Jew Fat. Nama Hang Lekir ialah Hang Liew Kier. Nama Lekiu ialah Hang Lee Kiew. Jadi, Hang itu ialah nama keluarga cina.

Jawapan: Hei, saya tahu anda yang cuna menulis sejarah Melayu ni tentu tak pernah bergaul dengan orang Melayu? Pandai-pandai jer buat kesimpulan macam tu. Pernah berkawan dengan orang Melayu tak? Kalau tak, meh sini saya ajar anda apa itu budaya Melayu.

Di sesetengah negeri terdapat orang Melayu yang berkongsi nama depan yang sama. Di Kelantan, nama seperti Nik dan Wan selalu digunakan. Nama seperti Daeng pula terkenal di kalangan masyarakat Melayu Bugis. Nama seperti Radeng ialah nama yang selalu digunakan oleh masyarakat jawa. Meor pula nama yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu Perak. Masyakat Melayu-Arab pula terkenal dengan nama Syed dan Syarifah di hadapan pangkal nama mereka.

Dan sekali lagi saya tekankan, jangan bercakap mengenai soal Melayu kalau anda tidak pernah bergaul dengan kami. Terdapat banyak lagi Melayu di zaman Melaka yang turut menggunakan nama pangkal Hang. Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Nadim, Hang Hasan, dan Hang Hussin? Untuk pengetahuan saudara juga, nama Hang ini juga merupakan gelaran yang diberikan oleh Istana Melaka pada waktu itu, seperti mana istilah Dato’ pada hari ini.

Soalan: Tiada rekod mengenai kewujudan Hang Tuah dalam sejarah Melayu sebelum kedatangan Hang Li Po. Jadi jelaslah bahawa Hang Tuah itu di bawa oleh Hang Li Po.

Jawapan: Benarkah sedemikian? Pernah baca Sulalatus Salatin dengan Hikayat Hang Tuah? Pernah dengar kisah Hang Tuah menyelamatkan Bendahara daripada orang mengamuk? Pernah dengar kisah Hang Tuah dan para sahabatnya membunuh lanun? Buka balik buku sejarah.

Kalau dirujuk sumber sejarah utama, iaitu Hikayat Hang Tuah yang banyak menceritakan mengenai Hang Tuah, Kisah bagaimana Hang Tuah dan para sahabatnya. Ketika kanak-kanak dahulu, Hang Tuah dan para sahabat telah ke laut menggunakan perahu lading. Berlaku adegan kejar mengejar antara Hang Tuah dan lanun yang mengejar perahu Hang Tuah. Sampai sahaja di darat, maka Hang Tuah telah bertikam dengan sang lanun dan pertempuran itu telah membuatkan Hang Tuah menang.

Antara bukti lain ialah kisah Hang Tuah menewaskan orang mengamuk masih terkemas dalam rekod sejarah. Kisah bagaimana Hang Tuah menyelamatkan Bendahara Tun Perak dan bagaimana Hang Tuah menghadap Sultan Melaka. Kisah Hang Tuah menewaskan lanun-lanun ketika mengembara pada usia muda dan kecil selepas mendapat perkenan juga merupakan bukti bahawa Hang Tuah sudah wujud lama sebelum kedatangan Hang Li Po.

Soalan: Tapi… ada orang cakap yang nama Tuah, Jebat, Kasturi, Lekiu, dan Lekir itu dicinakan. Tiada makna dalam bahasa Melayu. Betul ke?

Jawapan: Nama tuah bermaksud bernasib baik. Masakan ada yang bodoh percaya bahawa nama Tuah itu dimelayukan daripada Too Ah? Nama Jebat dalam bahasa Melayu bermaksud bau badan. Pernah dengar tak ungkapan “baunya seperti jebat musang”.

Masakan ada yang mengatakan bahawa nama Jebat itu daripada Jee Fat? Kasturi pula ialah nama haruman. Semua orang tahu tu. Lekir pula datang daripada nama ubi. Lekiu pula datang daripada bahasa Melayu lama yang bermaksud lekit.

Soalan: Tapi macam mana Puteri Hang Li Po boleh ada nama Hang?

Jawapan: Senang sahaja jawapan saya. Hang ialah gelaran yang diberikan oleh Sultan Melaka. Pada asalnya nama Hang Li Po ialah nama puteri itu. Hang ialah gelaran yang diberikan oleh Sultan Mansur Shah.

Soalan: Ya, Hang Tuah bukan cina. Tapi, apa bukti Hang Tuah itu wujud?

Jawapan: Nama Hang Tuah disebut dalam naskah yang menjadi sumber utama Sejarah Melayu iaitu Sulalatus Salatin. Sebanyak 7 Bab diletakkan di dalam kitab sejarah Melayu ini. Kalau Hang Tuah ialah lagenda, kenapa sampai 7 Bab diperuntukkan untuk menceritakan mengenai Hang Tuah?

Juga Hikayat Hang Tuah turut menjadi sumber utama. Bagaimana kalian menolak Hikayat Hang Tuah walhal UNESCO sendiri mengiktiraf naskah sejarah ini sampai menjadikan salah satu daripada Warisan Dunia pada hari ini.

Jika anda menolak kewujudan Hang Tuah, sama juga seperti anda menolak kewujudan Melaka kerana sumber yang menceritakan mengenai Hang Tuah ialah Sulalaltus Salatin. Kalaulah watak Hang Tuah itu tidak wujud, masakan teks sejarah Melayu utama menyebut nama Hang Tuah lebih 170 kali.

Di Jepun, ianya terkait dengan catitan Kerajaan Ryukyu.

Di India, ianya terkait dengan catitan serta gambaran seorang Laksamana bertengkolok yang di pahat di atas batu Kerajaan Bijayanagara.

Di Turki pula ianya terkait dengan Kerajaan Uthmaniyyah.

Semua mencatatkan tentang laksamana hebat dan agung dari Melaka yang singgah ke sebagai wakil diplomasi, yang sememangnya merupakan tugas seorang laksamana di Melaka.

Ketiga-tiga negara ini masih menyimpan catatan mereka tentang laksamana ini, melalui surat-surat, manuskrip dan sebagainya. Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin, dua manuskrip Melayu ini pula dengan jelas mencatatkan Hang Tuah pernah sekurang-kurangnya menjejakkan kaki ke kerajaan-kerajaan yang disebutkan. Sebagai contoh di Bijayanegara, Hang Tuah bertarung dengan Pendekar India dan memenangi pertarungan itu. Di Turki, Hang Tuah menjadi wakil sultan Melaka membeli ubat bedil bagi kelengkapan meriam dan pertahanan Melaka.

Soalan: Ada bukti lain Hang Tuah ni Melayu?

Jawapan: Hikayat Hang Tuah dengan jelas menyebut tentang kemelayuan Hang Tuah.

Bagaimana Hang Tuah boleh dikatakan sebagai cina padahal dalam naskah utama sejarah yang menceritakan tentang Hang Tuah dengan jelas menyebutnya sebagai Melayu?

“Berapa lama-nya Laksamana dudok di-benua Siam itu, sa-kali persatua, maka Phra Chau pun bertitah, `Hai Oya Bagelang, mana dia pendekar Jepun yang bernama Chin Chu itu?`Maka sembah Oya Bagelang, `Ada, tuanku, pendekar itu, dari Kemboja datang, terlalu mashhor. Jika sa-puloh, bukan lawan-nya. Maka titah Phra Chau, `Segera panggil pendekar Jepun.’ ( Ms : 390 ) “…Maka titah Phra Chau, `Hai pendekar, engkau aku titahkan bermain pedang dengan utusan Melayu ini.` Maka kata Jepun itu, `Berapa puloh orang Melayu itu? Jika sa-orang dua bukan lawan patek.` Hang Tuah sebagai `Hulubalang Melayu` tiada dapat mendengar kata-kata yang keji di-tengah majlis lalu menyambut cabaran pendekar Jepun dengan berkata: `Cheh! Hendak berdusta pula. Bicara kamu ini empat lima berdiri pun tiada endah padaku!” - (Hikayat Hang Tuah, halaman 390-391)
-HE-

Previous
Next Post »
loading...