Get $25 free
loading...

Gambar KJ sorang2 dalam Dewan kena TROLL

Kata-kata sesuai:

- bila member pegi minum tak ajak kau.

- bila kau terlelap dalam panggung wayang sedar2 cerita dah habis, org lain semua dah keluar.

- bila kelas kensel tapi member sengaja tak bagitau kau.

- bila member buat wassap group lepas tu pedajal semua left tinggal kau sorang2

apa lagi ayat2 troll yg sesuai?? 


Populariti Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin naik mendadak hari ini apabila gambar beliau berseorangan di dalam Dewan Rakyat tular di media sosial.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, gambar Khairy atau lebih popular disapa KJ dijadikan bahan seloroh oleh netizen.

Gambar itu mencuri perhatian apabila, beliau pagi tadi tidak mengikuti tindakan ahli-ahli pembangkang dari BN dan Pas selepas bertindak keluar Dewan bagi boikot pelantikan Speaker Dewan Rakyat baharu, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Ketegangan bermula apabila Setiausaha Dewan Rakyat,Datuk Roosme Hamzah bangun mengumumkan pelantikan Mohamad Ariff dan ahli Parlimen BN dan Pas memintas menyatakan lantikan itu tidak sah.

Mengulas mengenai perkara itu, Khiary berkata, beliau tetap duduk kerana menghormati majlis.

Katanya, meskipun ada pertikaian berkenan dengan pelantikan Speaker Dewan Rakyat, namun katanya keluar Dewan bukan cara menyatakan bantahan.

Difahamkan, selain Khairy, Datuk Seri Anifah Aman (Umno-Kimanis) turut tidak meninggalkan Dewan.
Previous
Next Post »
loading...