Get $25 free
loading...

Skim Air Darul Ehsan

Kerajaan negeri Selangor melalui Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) telah melancarkan Skim Air Darul Ehsan yang bakal memberi manfaat kepada seluruh penduduk negeri Selangor yang layak.

Skim Air Darul Ehsan sebuah skim penjajaran semula yang bertujuan untuk mengagihkan bekalan air terawat kepada kumpulan sasar di negeri berkenaan bermula 1 Mac 2020.

Setiap penduduk negeri Selangor yang ingin mendapatkan manfaat daripada skim ini perlu membuat permohonan secara atas talian bermula 30 September sehingga 31 Disember.

Individu-individu yang layak dikategorikan sebagai warganegara Malaysia yang menetap di Selangor, dan mempunyai pendapatan isi rumah bulanan dibawah RM 4,000 (suami dan isteri, tiada pasangan atau bujang).

Selain itu, premis kediaman juga mestilah terdiri daripada premis kediaman meter individu meter pukal (pangsapuri kos rendah).

Bagi penghuni pangsapuri kos rendah yang menerima bekalan air melalui meter pukal, mereka hendaklah mendapatkan pengesahan Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC).

Setiap pemohon hanya layak untuk membuat permohonan bagi satu akaun/premis sahaja.

Bagi penduduk negeri Selangor yang sudah sedia menikmati air percuma, mereka akan terus menikmati air percuma 20 meter padu setiap bulan sehingga 29 Februari 2020.

Bagaimanapun mereka hendaklah membuat permohonan baharu di bawah Skim Air Darul Ehsan dan akan terus menikmati bekalan air percuma bermula Mac 2020 sekiranya didapati layak.




lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...