Get $25 free
loading...

RUU 355 : PKR dan DAP Tutup Pintu Untuk PAS Bersama Pembangkang

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Latheefa Koya mendesak agar dihentikan perbincangan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana Presiden PAS itu didakwa telah menolak untuk menyokong perhimpunan BERSIH 4 Sabtu lalu.

Pemimpin PKR ini menyelar tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memanggil semua ahli Parlimen beragama Islam untuk diberi taklimat berkenaan usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 yang bakal dibentang oleh Abdul Hadi

PKR dan DAP melihat  dengan pembentangan RUU355 ini akan menghalang mereka untuk mengembangkan pengaruh DAP dikalangan orang Melayu dengan menggunakan Melayu yang kecewa adalah diantara senjata yang cukup kuat oleh DAP  tambahan pula  ianya bertujuan untuk memecahkan kekuatan UMNO  dari dalam dan melemahkan sokongan dari orang Melayu sendiri.

Bukan itu sahaja DAP dan PKR melihat dengan RUU355 ini sekali gus ianya akan meningkatkan lagi  kemertabatan Islam dalam mengekang perbuatan mungkar dikalangan umat Islam apabila hukuman hukuman  dilakukan berlandaskan syariat Islam.

Ayat-ayat  seperti “Lim Kit Siang Rasis” “DAP Anti Islam” “ DAP Perkauman”  adalah ayat yang mengambarkan betapa sikap DAP yang amat mementingkan perkauman bangsa chauvanis daripada kaum lain.

Kata-kata yang digunakan untuk membayangkan betapa bahayanya DAP dalam perkauman , anti Islam berfahaman komunis  dan sikap merosakkan apa juga yang mereka lakukan. Kata-kata ini tidak pernah lupa dari ingatan rakyat sehingga kini.

RUU 355 yang bakal dibetangkan telah menunjukkan segalanya siapakah dikalangan Pakatan yang tidak mahu Islam dimertabatkan khususnya pemimpin dari berbangsa Melayu dan  beragama Islam. Apabila RUU 355 ini diluluskan maka hancurlah harapan mereka untuk menjadikan Islam sebagai agama yang setaraf agama lain.

Tambahan pula kebenaran ayat yang mengatakan bahawa PKR dan DAP serta PAN tersebut dapat dilihat melalui perbuatan yang dilakukan oleh “God Father” mereka  DAP sepanjang memerintah Pulau Pinang dimana kaum Melayu dan India menjadi mangsa penindasan yang dilakukan atas nama pembangunan.

Berbagai siri penerangan  dijalankan untuk mengekang perkauman yang menjadi amalan DAP, sikap mengamalkan kronisme  dan nepotisme yang dilakukan secara terangan, namun hasutan dan  provokasi DAP terhadap Melayu dan Islam terus disokong oleh orang Melayu yang berfahaman liberal.

PAS diantara parti yang ditentang oleh UMNO satu ketika dahulu dengan pelbagai gelaran sehinggakan  sebilangan rakyat  beranggapan bahawa PAS adalah tali barut kepada DAP dan diperkudakan DAP untuk mencapai maksud satu sistem pemerintahan sama rata semua kaum.

Sekarang kita sedang melihat perubahan aliran politik setelah beberapa tuntutan yang  berkepentingan diri gagal dicapai. Desakan untuk meletakkan kroni didalam pentadbiran juga gagal setelah banyak usaha dilakukan.

Penubuhan parti Bersatu, PAN adalah jalan jalan terakhir yang digunakan selain menyokong  demontrsi  jalanan yang bakal memporak perandakan  Negara. Demontrasi yang ditentang dahulu kini telah menjadi halal dimata pembangkang hanya untuk menghalalkan cara.

Tapi yang menjadi persoalannya sekarang, siapakah yang akan berada di jalanan? Adakah anak muda Cina DAP, atau anak anak Melayu yang dahagakan upah atau sebagaimana biasa PAS sebelum ini  akan digunakan untuk mengerahkan jentera dan unit amalnya sebagai kuda kepada pemimpin DAP .

Pelbagai usaha sedang dan telah dilakukan oleh DAP, PAN dan juga PKR untuk memujuk PAS menyertai Bersih 5.0. Semua pujukan tersebut ditolak mentah-mentah oleh PAS dan  PAS berpendirian bahawa tujuan pemimpin ini adalah untuk melagakan sesama Melayu dan memperkudakan PAS.

PAS sedar jika bersetuju dengan pujukan  DAP serta PKR  yang mempunyai kepentingan diri dan bukan kepentingan rakyat, setelah hasrat memperkudakan PAS tercapai oleh kedua-dua parti termasuk Bersatu, PAS sudah pasti akan ditendang keluar dan tidak dipedulikan kepentingan didalam politik.

Bagi DAP dan sekutunya PAS hanyalah balaci untuk menyampaikan hasrat dan matlamat mereka sahaja, tidak punya harga langsung dalam politik Pakatan.  Hal ini PAS mesti sedar bahawa mereka akan dipergunakan sebagaimana sebelum ini.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekarang dilihat sudah tidak mendapat tempat dihati rakyat  dan dalam usaha untuk memujuk rakyat untuk bersama-sama pakatan pembangkang menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang

PAS  kini telah membuktikan kepada Pakatan Harapan yang dianggotai PAN, PKR dan DAP serta PPBM bahawa PAS sudah mengenal inspirasi  rakyat bahawa pihak manakah yang sebenarnya menjadi perosak kepada keharmonian selama ini.

Sudah pastinya PAS akan menolak pakatan yang memecah belahkan masyarakat yang mana ianya salah satu tuntutan dalam Islam  yang diperjuangkan oleh PAS  bahawa mengukuhkan  perpaduan itu satu tuntutan yang amat besar. Tetapi bukan perpaduan dalam kelompok yang menyokong LGBT dan  musuh kepada Islam seperti DAP.

Sebelum ini,DAP PAN dan Bersatu telah berusaha memujuk PAS untuk bersama-sama parti pembangkang lain menentang BN.

Rundingan untuk memujuk PAS telah berakhir dengan keputusan PAS dan UMNO akan membentangkan RUU355 yang akan dibuat kelak. Tentangan yang dibuat oleh Pakatan penbangkang dalam isu RUU 355 ini diputar belitkan dan dimanipulasikan agar ianya tidak mendapat sokongan.

PAN, PKR dan DAP  menegaskan pintu rundingan sudah tertutup buat PAS dan PAS kini sudah dianggap sebagai musuh politik apabila telah dilihat mengadakan hubungan bersama UMNO.

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...