Get $25 free
loading...

“SIAL LAH KAU, KAU YANG CALL JAIS KAN?! SAJA NAK BAGI AKU MALU DENGAN......."



Aku tunggu sampai pagi nak tengok siapa punya kereta yang parking dekat tempat awek aku tu, dalam pukul 9 - 10 pagi aku tengok awek aku keluar siap peluk lelaki tu dkt parking. Kaki aku lagi sekali lemah, hampir rebah aku. Apa yang korang rasa kalau korang di tempat aku? Terkena 




“Hi semua, aku nak share sikit pasal #Janjipalsu ni, siapa pernah kena #JanjiPalsu tak kesah lah dengan sesiapa pun. Aku nak share pasal aku, nama hanif ( bukan nama sebenar ) aku dulu boleh dikatakan jahat jugak lah, kawan perempuan aku banyak. Tp aku jenis berkawan je, takde nak take advantage. Mungkin orang lain nampak aku macam kaki perempuan tapi sebenarnya aku jenis suka berkawan.

Ada satu masa aku ternampak minah ni, aku cakap dengan korang dia ni baik lah solat tak tinggal apa semua, suka utamakan family, macam family first lah minah ni, siapa taknak wei? Aku pun kenal lah, dapat no dia dari member aku. Kenal kenal, tp dia buat tak layan je.  2 tahun lebih weh aku cuba, memang aku kurangkan berkawan dengan perempuan, sebab nak focus dengan minah ni je. Alhamdulillah tahun ketiga which is last year, dia message aku dekat FB, then kenal rapat. Keluar sekali, means macam couple lah.

Aku bawa dia jumpa mak aku, mak aku suka dengan dia sebab dari cara dia tu yang solat tak tinggal, mak aku tertarik dengan dia. Aku pun dah jumpa dengan keluarga dia, ada satu masa, aku ajak dia lepak dengan member aku, kita pun lepak dia pun macam ok. Lepas tu dia cakap nak balik, aku pun hantar lah balik sebab risau takut dia pening ke penat ke. Sampai je rumah dia, dia terus naik condo dia dan aku ni jenis suka buat surprise, aku pergi cari bunga sampai ke area Chow Kit tu sebab nak buat surprise, aku dah beli bunga aku pergi rumah dia, aku call dia tanya dia tengah buat apa, dia cakap baru lepas mandi. Aku pun acah acah nak buat surprise lah, aku tengok dekat parking biasa, kereta dia takde yang ada kereta orang lain, aku roger kawan aku no plate kereta tu, ternyata owner kereta tu lelaki. Aku kenal sangat mamat tu, kaki aku sampai dah tak larat nak berdiri, hampir rebah aku.

Aku tunggu sampai pagi nak tengok siapa punya kereta yang parking dekat tempat awek aku tu, dalam pukul 9 - 10 pagi aku tengok awek aku keluar siap peluk lelaki tu dkt parking. Kaki aku lagi sekali lemah, hampir rebah aku. Apa yang korang rasa kalau korang di tempat aku? Terkena #JanjiPalsu

Masa dia naik rumah dia, aku ikut juga dia terkejut dan aku tunjuk semua gambar yang dia peluk dengan lelaki tu dkt parking takdi, dia pun ajak aku masuk rumah. Dia cakap dia mintak maaf apa semua, sebab sayang sangat dengan dia aku maafkan. Dia janji takkan buat lagi, lepas tu aku dengan dia macam biasa balik lah.

Lepas beberapa bulan, aku dah cukup duit dan aku nekad nak kawin terus dengan dia atas sebab aku sayang dia. Memang cinta mati habis lah orang cakap. Aku pun dah bagitahu family aku dengan family dia, alhamdulillah dia macam boleh terima aku dan aku nampak dia dah berubah, dulu keluar juga malam, sekarang dah tak keluar malam. Kira nak jaga habis lah, aku tolak tepi semua benda yang dia pernah buat dekat aku, kira macam Allah tu balas balik apa yang aku buat dulu lah. Selama aku dah cakap nak kawin, takde pulak dia contact dengan lelaki tu, mungkin dia baru sedar kot. Barang semua dah siap, tinggal lagi sebulan nak akad nikah. Wew

Selang seminggu, aku dapat call dari awek aku, dia cakap lebih kurang macam ni “kau sial, kau call JAIS kan? Saja nak kenakan aku” Dalam hati aku, bertapa pedih hati aku, dulu dia dah janji sekarang sekali lagi aku terkena dengan #JanjiPalsu lepas tu aku terus pergi dkt Pejabat Agama, aku tengok dia, dia tengok aku. Esoknya dia terus pindah rumah, aku try cari dia dekat rumah lama tapi takde orang. Last sekali aku dapat tahu yang dia pindah rumah sebab kawan aku yang duduk satu block dengan dia nampak dia keluar rumah awal pagi lagi.

Aku sayang sangat dia, dia buat apa apa pun aku tak boleh nak marah, mungkin lah marah tapi lepas sejam dua reda, pernah sekali aku dah beli tiket wayang untuk tengok sama sama, lepas tu lelaki tu call cakap nak datang, awek aku cakap simple je “Awak, lelaki tu nak datang” kalau korang dekat tempat aku apa yang korang buat? Tapi aku sebab sayang, aku bla macam tu je. Entah lah, jadi sekarang aku hidup dengan #JanjiPalsu perempuan tu.


Aku sekarang tengah focus dengan kerja aku, yang dia entah kemana. Aku dah malas nak ambil tahu pasal perempuan buat masa sekarang, mungkin terlalu banyak sangat #JanjiPalsu yang dia bagi dekat aku sampai aku tak larat nak tanggung #JanjiPalsu daripada perempuan terutamanya.”

Aku tak salahkan perempuan 100% tetapi semua kena faham kalau seorang lelaki ataupun perempuan dah serius, diri sendiri tu tolong lah serius. Kalau nak, atau betul sukakan dia teruskan, kalau tak boleh teruskan cakap biar pasangan tu tahu. 

Jangan buat banyak sangat #JanjiPalsu dekat bawah ni aku google pasal janji palsu, tiba tiba keluar lagu ni, macam tu lah aku rasa bila kena janji palsu. Pedih, dah cinta mati orang buat kita tertunggu separuh mati.


lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...