KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan terhadap sampul surat yang mempunyai ugutan bunuh dan peluru hidup yang didakwa
Khalid, bagaimanapun, melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Maria yang mengusik bahan bukti apabila beliau memegang peluru itu untuk ditunjukkan kepada pemberita pada sidang akhbar.
“Beliau telah buat laporan jadi kita akan siasat,” katanya.
Beliau berkata, Maria tidak sepatutnya memegang peluru itu kerana cap jari pada bahan bukti akan hilang.
“Lain kali, kalau ada apa-apa, simpan terlebih dahulu. Jangan usik. Beri kepada kami untuk kami menyiasat. Jangan musnahkan bukti-bukti yang ada,” katanya.
“Apa yang kita dapat sekarang? Cap jari sebenar sudah tiada lagi. Hanya jap jari dia saja,” tambah Khalid.
Sehari selepas dibebaskan dari tahanan, Maria mengadakan sidang akhbar dan mendakwa bahawa beliau dan keluarganya menerima satu sampul surat dengan mesej ugutan bunuh yang ditulis, LAST WARNING IF NOT R.I.P Marina and Family, bersama-sama dengan peluru di dalamnya.
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini

Ops Cenderawasih: Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih ...

Pertukaran Tarikh Perlawanan Akhir Piala Malaysia, ...

Prihatin Hulur Rm1.5 Juta, 16,000 Penerima Terima ...

Dr M, Ramasamy Join Hamzah At Briefing On Urban Re ...