Lelaki Ini PANAS Dengan Sikap BONGKAK Tuan Kedai Jual iPhone. Tindakkan Lelaki Ini Memang MENGEJUTKAN !!! | Pelanggan mana tak marah bila barang ‘under warranty’ dinafikan dari diperbaiki. Lebih-lebih lagi jika barang tersebut mahal dan baru sahaja dibeli.
Begitu juga bagi pelanggan dari China ini apabila beliau dimarahi pemilik kedai yang enggan membaiki iPhone yang dibelinya.
Laporan World Of Buzz memaparkan dua siri video pertelingkahan antara pelanggan dan pemilik sebuah kedai.
Pemilik kedai itu dengan bongkak berkata “Baiki? Baiki apa? Kalau ada duit belilah phone baru. Kalau tak ada pergi baiki di kedai lain!” katanya kepada pelanggan berkenaan.
Namun, pemilik kedai berkenaan tidak tahu bahawa pelanggan berkenaan sebenarnya kaya, lalu bertindak membeli 10 iPhone yang dijual di kedai berkenaan.
“Saya nampak kamu ada banyak iPhone dalam kedai ni. Saya beli semua sekali,” kata pelanggan berkenaan yang dianggap tuan kedai hanya berjenaka.
Tidak teragak-agak dengan keputusannya, pelanggan berkenaan terus membayar pembelian berkenaan secara tunai dengan harga 63,000 Yuan (kira-kira RM38,900).
Selepas membuat pembayaran, pelanggan berkenaan meletakkan kesemua iPhone berkenaan di atas lantai dan mula memecahkan kesemuanya menggunakan tukul besi bersama rakannya.
Walaubagaimanapun, pemilik kedai itu dilihat masih bongkak dengan berkata “saya tidak rasa kamu boleh musnahkan kedai (perniagaan) saya” dengan memusnahkan 10 iPhone berkenaan.
Pemuda berkenaan kemudiannya bertanya “berapa harga kedai ini?”. “500,000 Yuan! (RM380,000)” kata pemilik kedai.
Well, kesudahannya sudah dijangkakan, pemilik kedai berkenaan membayar harga kedai berkenaan dan memusnahkan keselurahan premis berkenaan demi mengajar pemilik bongkak itu.
Sumber: sinarhariani
loading...
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW