Gempar Sebentar Tadi.. Apabila Seorang Lelaki ditikam Dihadapan Pejabat Agama Islam Negeri Terengganu, Khabarnya masalah perkahwinan adik perempuan mangsa dengan suspek...
KUALA TERENGGANU : Kejadian tetak dan tikam berlaku diperkarangan tempat letak kereta Pejabat Agama Islam Negeri Terengganu, Bukit Besar yang melibatkan seorang lelaki melayu berumur dalam 30 an.
Mangsa ditikam oleh seorang lelaki yang juga kenalan mangsa yang berasal dari Manir dan khabarnya masalah perkahwinan adik perempuan mangsa dengan suspek.
Menurut sumber, mangsa yang berasal dari Kelantan itu mempunyai seorang adik perempuan yang mana mahu melihat dan mengambil butir-butir perkahwinan saspek yang dikatakan telah berkahwin sebelum ini.
Saspek yang tidak berpuas hati dengan mangsa yang membawa adiknya ke pejabat agama terus bertindak menikam mangsa disini.
Pihak polis menjalankan siasatan diatas kejadian ini dan akan disiasata dibawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan atau Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber: FACEBOOK
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW