Hari ini satu Malaysia terkejut apabila seorang abang maut ditikam kekasih adik perempuannya setelah status sebenar terbongkar.
Status lelaki yang juga suspek terbongkar pagi tadi apabila semakan di Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Terengganu mendapati lelaki itu sudah berkahwin.
Si wanita ternyata kecewa namun episod pilunya tidak berakhir di situ.
Abangnya ditikam kekasihnya sehingga mati di kawasan tempat letak kereta setelah membuat semakan itu.
Adik mangsa bernama Azlina ternyata sayu apabila melihat jenazah abangnya di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu.
Azlina Husin, 27 tidak dapat menahan sebak sebaik dibenarkan melihat jenazah abangnya, Muhamad Shukri Husin, 34 yang juga kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Menurut Azlina, dia tidak menyangka lelaki yang berperwatakan lembut itu tergamak bertindak sedemikian terhadap abangnya.
Ini luahan adik mangsa:
"Saya tidak menyangka lelaki yang berperwatakan lembut itu tergamak bertindak sedemikian terhadap abang..
"Sebelum ini, dia kelihatan tenang apabila saya mahu hubungan kami ditamatkan sebaik status perkahwinannya terjawab.
"Dia hanya cakap OK dan abang saya mengajaknya untuk minum sebelum abang ipar memaklumkan abang mati ditikam lelaki itu,"
Azlina dilihat menangis sambil ditenteramkan ahli keluarganya sebelum jenazah abangnya dibawa dengan van jenazah untuk dikebumikan di Kampung Kok Keli, Tumpat, Kelantan.
Van jenazah beredar dari pekarangan Unit Forensik HSNZ kira-kira 7.40 malam.
Difahamkan, jenazah akan dikebumikan sebaik tiba di kampung halaman isterinya yang kini sedang hamil anak sulung mereka.
Sumber: beritamemey
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW