Katanya, kedatangan bulan yang mulia ini perlu diambil kesempatan oleh rakyat negeri ini dengan menghidupkan amalan di masjid-masjid dan surau-surau.
“Ia selaras dengan prinsip kedua Transformasi Terengganu Baharu (TTB) iaitu masjid dan surau, Sumber Penyatuan telah menyemarakan lagi wadah memperkukuhkan semangat solidariti yang menjadi teras kepada terciptanya ‘kisah kejayaan’ kebanggaan rakyat,” katanya dalam perutusan sempena kedatangan bulan Ramadan yang disiarkan di laman sosial Facebook miliknya, hari ini.
Ahmad Razif dalam pada itu meminta bulan Ramadan ini dijadikan sebagai panduan untuk melatih diri menjadi insan yang penyabar dan mampu menghadapi setiap permasalahan dengan baik, sesuai dengan tuntutan agama.
“Ramadan disebut juga dengan syahrus shabr kerana pada bulan ini umat Islam dilatih untuk bersabar. Terdapat tiga jenis sabar dalam ibadah puasa iaitu; sabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWT, sabar dalam meninggalkan yang diharamkan oleh-Nya, dan sabar dalam menghadapi musibah” jelasnya.
-pru14.tv-
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini