Jiran dedah perangai ibu sebelum kelar bayi 2 bulan|Ibu yang dipercayai membunuh bayinya berusia 82 hari dikatakan pernah mengadu kepada jiran dia terdengar bisikan menyuruh membunuh anaknya.
Sepupu mangsa, Nur Kamelia Kamaruzzaman, 20, berkata suspek pernah mengadu kepada jirannya dia terdengar suara berbisik menyuruh membunuh anaknya beberapa hari sebelum kejadian
“Namun dia tidak menceritakan kepada suaminya dan tidak ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di rumah mayat HRPZ II, hari ini.
Nur Kamelia berkata, kali terakhir keluarga berkenaan pulang ke kampungnya di Jal Kecik, Tumpat, pada Selasa lalu dan suspek tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.
“Kali terakhir saya berjumpa mangsa, dia dilihat manja, manakala ibunya tidak menunjukkan sebarang sikap yang pelik.
“Kejadian ini sangat mengejutkan kami sekeluarga kerana ibu mangsa juga tidak mempunyai sebarang perselisihan faham dengan suaminya,” katanya.
Dalam kejadian jam 2.45 petang tadi, seorang bayi perempuan berusia 82 hari mati dikelar dipercayai dilakukan ibunya yang berusia 32 tahun, di kuarters tentera di Kok Lanas, di sini.
Kejadian itu disedari seorang jiran yang kemudian menghubungi polis.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, berkata jiran berkenaan melihat mangsa terbaring di atas tilam di ruang tamu rumah berkenaan dalam keadaan berlumuran darah.
Katanya, siasatan awal polis mendapati, mangsa dikelar di kiri leher dengan pisau pemotong sayur.
“Ketika kejadian, dua anak supek yang berusia 11 dan 8 tahun sempat keluar melarikan diri selepas melihat tindakan ibu mereka,” katanya kepada media.
Suami mangsa, seorang anggota tentera, tiada di rumah ketika kejadian. Abdul Rahman berkata, polis belum mengenal pasti punca kejadian, sama ada suspek mengalami gangguan emosi.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, untuk bedah siasat,” katanya.
Jenazah bayi perempuan berkenaan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Jal Kecik malam ini.
Ketahui Punca Sebenar Penyakit Gila Meroyan & Cara Untuk Mencegahnya
Meroyan atau kemurungan posnatum ialah satu masalah yang biasa. Dahulu, pendapat mengatakan bahawa satu daripada sepuluh orang ibu menghidapnya. Namun kajian kini, seorang daripada empat ibu menghidap penyakit ini.
Meroyan kadangkala disalah anggap sebagai murung bayi. Jika anda menghidapi murung bayi, pada hari-hari pertama selepas melahirkan anda akan menjadi muram, sering menangis, letih dan rasa tertekan. Ini dijangka adalah disebabkan perubahan-perubahan hormon secara mendadak dalam badan anda. Dengan bantuan yang sesuai, anda akan merasa lebih sihat dalam beberapa hari.
Simpton Meroyan
– Mempunyai perasaan putus asa.
– Anda dihantui rasa bersalah.
– Merasa amat letih.
– Kerap menangis dan muram.
– Sentiasa berasa sunyi dan gelisah.
– Anda mengandaikan diri anda seperti terperangkap.
– Anda dihantui rasa bersalah.
– Merasa amat letih.
– Kerap menangis dan muram.
– Sentiasa berasa sunyi dan gelisah.
– Anda mengandaikan diri anda seperti terperangkap.
Semua ibu merasakan satu atau lebih dari perasaan ini pada masa-masa tertentu. Tetapi, jika anda merasa tidak berdaya dan perasaan ini tidak reda-reda walaupun masa terus berlalu, anda mungkin menghidap meroyan atau kemurungan posnatum.
Biasanya ia berlaku apabila bayi anda berumur antara empat hingga enam minggu, tetapi ada kalanya ia bermula beberapa bulan selepas bayi dilahirkan. Sebelum itu, anda merasa gembira menjaga bayi anda. Kemudian, anda sedar kemurungan datang secara perlahan.
Apakah Punca Berlakunya Meroyan?
Meroyan mungkin disebabkan kimia otak atau reaksi anda kepada perubahan-perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Adakalanya, perkara-perkara harian biasa sahaja boleh terasa terlalu membebankan. Apatah lagi keadaan-keadaan yang lebih sukar untuk diatasi, seperti:
– Mempunyai masalah sakit mental terdahulu, atau kemurungan semasa kehamilan.
– Tiada sokongan dari suami, keluarga atau rakan-rakan.
– Masalah kewangan, kerja ataupun masalah rumahtangga yang membebankan.
– Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu.
– Bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat.
– Tiada sokongan dari suami, keluarga atau rakan-rakan.
– Masalah kewangan, kerja ataupun masalah rumahtangga yang membebankan.
– Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu.
– Bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat.
Cara Mengelakkan Dari Meroyan
a) Makan makanan yang sihat
Makanan menggerakkan tenaga dan sistem imunisasi anda, jadi, makanan seimbang akan menghindarkan anda daripada menjadi letih dan tidak bertenaga.
Makanan menggerakkan tenaga dan sistem imunisasi anda, jadi, makanan seimbang akan menghindarkan anda daripada menjadi letih dan tidak bertenaga.
b) Bahan bacaan
Mendapat bayi kadangkala boleh membuat anda rasa terasing, tetapi jika anda menghidapi meroyan atau kemurungan posnatum anda akan merasakan betul-betul terasing. Bacalah bahan bacaan mengenai ibu.
Mendapat bayi kadangkala boleh membuat anda rasa terasing, tetapi jika anda menghidapi meroyan atau kemurungan posnatum anda akan merasakan betul-betul terasing. Bacalah bahan bacaan mengenai ibu.
c) Bersikap baik terhadap diri sendiri
Anda perlu menjaga diri anda supaya dapat menjaga bayi anda. Jangan bebankan diri dengan perkara-perkara yang tidak perlu dibuat. Biarlah realistik tentang apa yang boleh dicapai dan jangan lupa untuk menyeronokkan diri sendiri.
Anda perlu menjaga diri anda supaya dapat menjaga bayi anda. Jangan bebankan diri dengan perkara-perkara yang tidak perlu dibuat. Biarlah realistik tentang apa yang boleh dicapai dan jangan lupa untuk menyeronokkan diri sendiri.
Kesimpulan
Jagalah diri anda dengan baik semasa hamil dan cuba kurangkan tekanan dan terima semua bantuan yang ditawarkan. Lebih banyak sokongan yang diperolehi semasa hamil, lebih kuat dan yakin anda rasakan apabila sudah mendapat bayi anda.
Setengah doktor berpendapat bahawa jika anda mendapatkan suntikan hormon progesteron secara teratur selepas melahirkan, risiko meroyan atau kemurungan posnatum akan berkurangan. Minta informasi lanjut daripada doktor anda.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW