Get $25 free
loading...

“Aku Cukup MARAH Tengok Isteri Sedekah RM 50 Kadang² RM 100”. Lelaki Ini TERKEJUT Kehidupan Isterinya Sangat…..




"Aku Cukup MARAH Tengok Isteri Sedekah RM 50 Kadang² RM 100". Lelaki Ini TERKEJUT Kehidupan Isterinya Sangat.....
Tetapi sejak dari itu, saya akan perhatikan bila dia menderma. Kadang-kadang RM50, pernah juga RM100, RM5 pun pernah. Lepas itu, memang saya buka dompet dia senyap-senyap terkejut tengok dalam tu hanya...............
 


“Aku Cukup MARAH Tengok Isteri Sedekah RM 50 Kadang² RM 100”. Lelaki Ini TERKEJUT Kehidupan Isterinya Sangat….. | Salam, saya nak cerita tentang isteri saya. Isteri saya ini, orangnya biasa-biasa sahaja. Biasa yang bermaksud, biasalah. Haha!


Suatu hari kami pergi ke pasar, isteri aku memang selalulah saya nampak dia sedekah. Cuma pada hari itu, baru saya ternampak nilai yang dia sedekah itu. Dia beri RM50. Jadi, bila berada di dalam kereta, saya pun bertanyalah kenapa dia beri banyak sangat? Entah-entah pakcik itu menipu.
“Menipu atau tidak, itu urusan pakcik itu dengan Allah. Saya cuma mahu membantu sahaja. Kalau betul dia susah, ada anak dan isteri yang kelaparan di rumah, macam mana?” soalnya kembali.
“Tapi kenapa sampai RM50?” saya masih tak puas hati dengan jawapan pertamanya.
“Abang, saya pernah terbaca kalau kita nak menderma, latih diri ini beri duit yang paling besar dalam purse,” jawabnya.
Saya masih tidak berpuas hati tetapi mendiamkan diri sebab tidak mahu bergaduh dengannya.
Tetapi sejak dari itu, saya akan perhatikan bila dia menderma. Kadang-kadang RM50, pernah juga RM100, RM5 pun pernah. Lepas itu, memang saya buka dompet dia senyap-senyap, memang tinggal seringgit saja pun.
Isteri saya ini cikgu, sekolah asrama. Budak-budak selalulah nak pinjam duit. Kadang-kadang ketuk pintu rumah sebab nak pinjam duit, dia pun bagi saja. Saya macam biasalah, bising.
“Kalau budak tak pulangkan macam mana?”
“Biarlah, kita tolong anak orang, nanti minta-minta anak kita pun orang tolong,” jawabnya.
Yang saya sedar tentang isteri saya ini, rezeki dia sangat murah. Gaji dia tak adalah besar mana tetapi sentiasa cukup. Cukup nak bagi pada mak, ayah, adik-adik dan atok. Duit belanja rumah pun dia selalu tolong bayar walaupun saya kata tak payah.
Pernah sekali itu kami belanja agak banyak pada bulan itu. Tup-tup dia dapat bonus banyak. Alhamdulillah. Tetapi duit itu pun dia belanja untuk orang. Diri sendiri tak. Urusan dia juga Allah permudahkan.
Dia pun sedar tentang perkara ini. Kadang-kadnag dia menangis, dia kata Allah sayangkan dia tetapi kenapa dia selalu dustakan nikmat yang Allah beri. Solat kadang-kadang lambat, mengaji sehari sekali saja. Tetapi Allah tetap permudahkan.
Saya fail sikit bila perempuan menangis. Cuma saya cakap,
“Tak apa, mari kita sama-sama cuba memperbaiki diri kita. Allah nampak usaha kita, Allah tahu kita berusaha dalam diri kita. Manusia hanya akan tengok hasil tetapi Allah tengok usaha kita,”
Kesimpulannya:
  1. Jangan berkira dalam bersedekah, inshaAllah rezeki anda akan murah
  1. Jangan pernah menghakimi orang, mungkin di mata manusia dia tidak alim tetapi ada amal baik dia yang kita tidak tahu
  1. Sayangi isteri anda, insan yang sentiasa ada sewaktu anda terjatuh tergolek, terkangkang. Hargai pengorbanan mereka. Kalau rasa isteri anda tak cukup bagus, tengoklah cermin dulu. Kalau rasa diri itu memang sudah bagus, ubahlah isteri menjadi seperti diri anda.
Itu saja. Sekian – Amin



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...