Get $25 free
loading...

YouTube Menambah Sokongan Penstriman Video Langsung Pada Resolusi 4K

YouTube sedia menyertakan sokongan video 4K pada perkhidmatan mereka untuk beberapa tahun, dan hari ini mereka turut menambah sokongan penstriman video langsung pada resolusi sama, iaitu 4K.

Dengan penambahan ini, ia sekaligus membolehkan para pengguna strim kandungan biasa, atau kandungan video 360-darjah pada resolusi 4K menggunakan platform mereka.

Dengan lebih banyak kamera yang menyokongnya, selain penawaran permainan pada resolusi 4K, semestinya perkara ini dinantikan ramai. Seperti biasa, untuk tujuan berkenaan, pengguna akan memerlukan sambungan internet yang pantas bagi menyokong kebolehan penstriman langsung pada resolusi yang sangat tinggi.

Dalam memberikan idea bagaimana ia berfungsi, esok para pengguna boleh menonton Game Awards secara langsung melalui YouTube pada pilihan sehingga resolusi 4K.

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...