Get $25 free
loading...

Mara Sediakan Dana Khas RM30juta Untuk Usahawan Wanita

WANITA UMNO selaku tulang belakang parti kita mendapat pengiktirafan lagi apabila Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menyediakan dana khas berjumlah RM30 juta khusus untuk membantu usahawan wanita dalam usaha menyokong ekonomi golongan berkenaan.

Perkara itu diumumkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebagai maklum balas segera pihak kerajaan terhadap permintaan Wanita UMNO dalam memperjuangkan 30 peratus penglibatan wanita dalam ekonomi.

Beliau turut mengumumkan Mara akan memperuntukkan RM5 juta melalui program bimbingan dan latihan kepada golongan wanita yang berhasrat untuk menceburkan diri dalam perniagaan.

“Mara juga akan memberikan 30 peratus ruang perniagaan premis kepada usahawan wanita di semua lokasi perniagaan baharu.

“Kita tahu Wanita kerja kuat dan kerana itu Mara bersedia membantu golongan wanita dalam memperkasakan ekonomi mereka,” katanya yang mewakili Ahli Majlis Tertinggi UMNO semasa menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...