Get $25 free
loading...

Anugerah Ikon Wanita Muda 2016 Diberikan Kepada Elfira Loy

Semalam, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, seorang artis remaja terkenal yang lebih dikenali sebagai Elfira Loy, 22, menerima Anugerah Ikon Wanita Muda 2016 daripada Pergerakan Puteri UMNO.

Beliau yang menerima anugerah tersebut bagi Kategori Seni atas penglibatan beliau dalam industri seni tanah air menyatakan bahawa beliau tidak menyangka akan memperoleh anugerah tersebut kerana usianya yang masih muda.

“Insha Allah dengan anugerah ini saya akan lebih berusaha dalam bidang yang saya ceburi dan Insha-Allah saya akan mendaftar sebagai Puteri UMNO” ujarnya selepas menerima anugerah tersebut di Persidangan Puteri UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 2016.

Selain itu, beliau merupakan seorang daripada empat penerima lain iaitu Norerama Pagukuman bagi Kategori Penyelidikan dan Inovasi; Sofia Ahmad (Kategori Keusahawanan); Fatin Nurfatehah Mat Salleh (Kategori Sukan) dan Siti Bainun Ahmad (Kategori Anugerah Khas).

Manakala, Siti Bainun menyatakan bahawa beliau tidak menyangka minatnya terhadap aktiviti sukarelawan mendapat pengiktirafan daripada Puteri UMNO. “Antara aktiviti sukarelawan yang saya lakukan sejak 2009 adalah terlibat dengan Misi Bantuan Kemanusiaan Puteri UMNO di Lahad Datu, Sabah. Selain itu Misi ‘Tulong Hagnaya’ selama 12 hari di Filipina.

“Selain itu, saya juga menjadi sukarelawan di rumah anak yatim sekitar Kuala Lumpur sebagai tenaga pengajar akademik di sekolah rendah” jelasnya yang telah mendaftar sebagai Puteri UMNO sejak berusia 17 tahun.

-pru14.tv-

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...