Sebelum ini heboh dengan Nelydia Senrose mengadakan Bachelorette Party yang didakwa hanya dihadiri oleh kenalan rapat Nelydia dengan bertemakan baju tidur.
Apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah cupcake berbentuk kemaluan lelaki dan payudara yang disediakan di majlis tersebut menyebabkan netizen dan makcik bawang merasa tercabar dan akhirnya melancarkan ‘operasi kecam’ terhadap Nelydia.
Sebagai seorang sahabat, pelakon Nadiyah Shahab memberitahu kepada netizen tidak patut menyalahkan Nelydia kerana dia tidak tahu menahu mengenai majlis tersebut dan kek itu disediakan oleh pihak katering mengikut tema majlis.
“Nelydia tidak tahu apa-apa mengenai kejutan ‘Bachelorette Party’ itu. Dia tidak patut dipersalahkan. Makanan yang dihidangkan pada malam itu disediakan oleh pihak katering yang mengikut tema majlis iaitu ‘Pyjamas Bachelorette Party Nelydia Senrose’.
“Ketika memuat naik gambar juadah makanan di Instagram, saya tidak fikir apa-apa dan tidak menganggap ia menjijikkan. Niat saya hanya mahu berkongsi gambar makanan yang ada pada majlis itu.
“Saya tidak faham kenapa orang perlu mengecam sedangkan ramai saja yang buat manisan sebegitu untuk suka-suka. Lagipun, bukan kami buat perkara tidak baik sepanjang majlis berlangsung,” katanya kepada Harian Metro.
Nadiyah menjelaskan lagi, parti tersebut bukanlah parti liar seperti yang didakwa sesetengah pihak dan hanya dihadiri oleh kenalan rapat serta tiada lelaki terlibat dalam majlis tersebut.
Parti tersebut juga adalah meraikan Nelydia yang akan menamakan zaman bujangnya dan bachelorette party bertemakan baju tidur itu dirancang oleh adik-beradik, saudara mara dan kenalan rapat tanpa pengetahuan Nelydia.
Hmmm… nak maafkan ke tak? Tapi yang gatal pergi upload gambar cupcake bentuk kemaluan dan payudara siapa suruh?