Get $25 free
loading...

‘Egg Boy’ Derma Dana Kepada Mangsa Serangan Pengganas di Masjid NZ

Siapa tidak kenal dengan ‘Egg Boy’ atau nama sebenarnya Will Connolly remaja yang satu-satunya berani memecahkan telur mentah ke atas kepala ahli politik Australia, Fraser Anning selepas Anning membuat kenyataan yang menyalahkan mangsa selepas insiden tembakan rambang dilancarkan di dua masjid di bandar tersebut.

Selepas kejadian tersebut, ‘EggBoy’ dibantu oleh orang awam untuk mengumpul dana bagi membayar yuran guaman (dan lebih banyak telur), yang setakat ini telah meningkat hampir $42,000 (RM117,730) melalui halaman GoFundMe.

Bagaimanapun, individu yang membuat halaman itu berkata bahawa Connolly telah menghubunginya dan berkata bahawa dia komited untuk menyerahkan sebahagian besar wang tersebut kepada mangsa serangan pengganas di Christchurch.

Selepas Connolly dibebaskan tanpa dikenakan sebarang tuduhan, dia mengemaskini kenyataan, “Orang Islam bukan pengganas”, sejurus kemudian akaun Twitter dan Instagram miliknya terus dinyahaktif.

Sumber : NZ Herald

Tweet
Previous
Next Post »
loading...