Get $25 free
loading...

Dinasti Lim Mahu Jadikan Pulau Pinang Sama Seperti Singapura

Share This:

Tarikh 9 Ogos 1965 pasti akan diingati sebagai tahun yang paling mendukacitakan buat seluruh rakyat Malaysia. Manakan tidak, kepulauan yang diberi nama Singapura yang cukup sinonim dengan sejarah Tanah Melayu dan Kesultanan Melayu, hilang dari genggaman setelah Mediang Lee Kuan Yew bertindak mengkhianati Perjanjian Peersekutuan Malaysia yang dipersetujui sebelum itu.

Sejak itu, Singapura mengisytiharkan negara berkenaan sebagai sebuah negara merdeka yang ditadbir sendiri oleh Lee Kuan Yew dan anaknya sehingga hari ini. Jika diperhatikan, adalah amat mustahil untuk mencabar kekuasaan keluarga Lee di Singapura melainkan seseorang itu mendapat keizinan untuk menjadi Perdana Menteri seperti mana perlantikan Goh Chok Tong pada tahun 1990 sehingga 2004.

Itu adalah serba sedikit latar belakang Singapura, negara yang menjadi contoh dan idola DAP yang hari ini membentuk kerajaan di Pulau Pinang. Sebaik DAP meraih kuasa di Pulau Pinang pada 2008 dan Lim Guan Eng dinamakan sebagai Ketua Menteri, Pulau Pinang yang selama ini menyimpan 1001 catatan sejarah negara, cuba dijadikan sebagai sebuah negeri klon Singapura.

Manakan tidak, hak kuasa eksekutif pentadbiran negeri hanya berkisar kepada Lim Guan Eng secara sendirian. Walhal, Guan Eng bukanlah Pengerusi perhubungan negeri DAP mahupun anak kelahiran Pulau Pinang itu sendiri. Dia hanya menggunakan tiket sebagai Setiausaha Agung parti untuk menuntut jawatan Ketua Menteri dan sekaligus menolak sebarang peluang Ketua Perhubungan Parti sendiri ke jawatan EXCO.

Hari ini, Lim Guan Eng hanya menanti masa sahaja untuk dibicarakan dan besar kemungkinan, dia mungkin akan didapati bersalah atas dua kes salah laku yang membabitkan dirinya. Ketika ramai yang menjangkakan era kekuasaan Lim Guan Eng bakal berakhir di Pulau Pinang, bapanya, Lim Kit Siang dialporkan telah bertukar tempat pengundian daripada Gelang Patah ke Pulau Pinang.

Menerusi laporan semakan pemilih yang menjadi tular di laman sosial Facebook sejak tengah hari tadi, Lim Kit Siang kini akan mengundi di Madras Lane di dalam DUN Komtar bagi Parlimen Tanjong. Apakah tujuan Kit Siang beralih lokasi pengundiannya? Apa relevan peralihan Kit Siang ini dengan keadaan semasa yang menimpa anaknya, Lim Guan Eng?

Mudah untuk disimpulkan bahawa, peralihan Lim Kit Siang ini berujuan untuk memastikan tampuk pemerintahan DAP di Pulau Pinang kekal menjadi milik Dinasti Lim sahaja. Kehadiran Lim Kit Siang yang kini menjadi Penasihat Agung parti sudah tentu akan menjamin kedudukan selesa Dinasti Lim setelah kemungkinan Lim Guan Eng bakal dipenjarakan.

Siapa di dalam DAP berani untuk menyanggah apa yang telah diputuskan oleh Lim Kit Siang mahupun Lim Guan Eng? Melihat kepada situasi ini, nampaknya, Pulau Pinang kini sudah mahu dijadikan seperti Singapura. Manakan tidak, jika Singapura menjadikan Keluarga Lee sebagai keluarga aristokrat pemerintah Singapura, bagi Dinasti Lim pula, Pulau Pinang akan menjadi hak milik mutlak keluarga mereka sahaja.

Comments

comments

Related Post

Ramesh Hentam Lagi, Desak Kit Siang Jawab, Bukan M...
Pulau Pinang Tandatangani IBR Tapi Ketua Menteriny...
Kenapa Kena Sampai Jemput Guan Eng Tandatangani Ik...
Inilah Masa Untuk Ambil Tindakan…


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...