Get $25 free
loading...

Pakatan Sudah Pun Tersungkur Sebelum PRU14 Bermula

Ketiadaan PAS di dalam Pakatan Harapan (PH) hampir pasti bermakna mimpi pakatan pembangkang untuk menguasai Putrajaya hampir pasti berkubur kerana sokongan PAS amat penting dalam survival politik kerjasama itu.

Ia terbukti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 sebelum ini apabila Pakatan Rakyat pada masa itu berjaya menang beberapa buah negeri dan pada PRU ke-13 mereka masih berjaya mempertahankan tiga buah negeri.

Parti baru di dalam PH, PAN dan PPBM masih mentah dan belum layak menggantikan PAS yang dipimpin oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Artikel bnbbc.my memetik kenyataan daripada Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi yang berkata meskipun penarikan undi itu bukan secara total namun hakikatnya PH sudah hilang separuh undi sebelum pilihanraya umum bermula.

Ini bermakna, PH sudah tersungkur dalam peperangan sebelum ia bermula.

“Malah kewujudan PAN dan parti serpihan UMNO yang dinaungi Tun Mahathir Mohamad masih belum dapat dilihat momentumnya secara keseluruhan,” katanya menurut bnbbc.my.

Jelasnya lagi masalah dalaman PH akan berterusan berikutan penyertaan terbaru PBBM.

“Tentunya Bersatu serta Amanah menginginkan beberapa kerusi pilihan mereka, namun itu bukan bermakna DAP dan PKR akan memberikan kerusi tradisi mereka walaupun matlamat utama PH adalah sama.

“Di sini akan timbul bermacam-macam masalah dan pasti ada juga di antara mereka yang bakal berkecil hati dan berkemungkinan juga ada yang keluar dari gabungan atau parti,” katanya.

Bagaimanapun Shamsul mengambarkan pimpinan PH bakal mengambil pendekatan bertahan dengan karenah parti gabungan sedia ada supaya ‘barah’ dalaman tidak merebak dengan begitu kritikal.

Sementara itu, portal berkenaan turut memetik Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Univerisiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff (foto) yang juga sependapat dengan Shamsul iaitu undi diterima PH di luar bandar bakal merosot berikutan ketiadaan PAS.

“Parti Islam itu mempunyai jentera yang kuat di kawasan luar bandar sejak dahulu dan kekuatan mereka tidak mampu ditampung dengan jentera parti baharu iaitu PPBM, apatah lagi PAN.

“Saya berpendapat PH akan gagal, walaupun PPBM dikatakan fokus kepada kawasan luar bandar dan PAN dilihat hanya pakar memberi idea semata,” katanya.

Tambah Kamarul, PAN dan parti serpihan UMNO itu hanya dilihat sebagai kuda tunggangan DAP.

“Secara logiknya adakah PKR dan DAP nak bergantung harap dengan Bersatu ? tidak,” katanya. – pru14.tv

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...