Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah meluahkan rasa gembira atas pernikahan ayahandanya Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dengan penyampai berita, Norashikin Abdul Rahman.
Tengku Amir menerusi perkongsiannya di Instagram pada Khamis lalu telah memuat naik ‘posting’ yang menyentuh hati rakyat.
Putera berusia 25 tahun itu turut memuji Sultan Sharafuddin atas segala bimbingan dan pengorbanan yang dilakukan baginda.
Tulis Tengku Amir:
“DAD! I AM SUPER HAPPY FOR YOU!” – RAJA MUDA SELANGOR
“Perhubungan kami sama seperti perhubungan bapa-anak yang lain. Dia memberikan saya hidup, berkorban untuk saya, membesarkan saya, membimbing saya, dan menjadi contoh terbaik kepada saya untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat. Seorang pejuang yang berani, bijak dan kuat semangat. Saya sangat kagum dengan lelaki ini yang saya panggil ayah. Saya akan sentiasa menyokong dan berdiri di belakang anda sebagai pahlawanmu, saya akan sentiasa bangga untuk menjadi anakmu. Alhamdulillah dan tahniah ayahanda! Saya sangat gembira.”
Istiadat pernikahan baginda Sultan dan Norashikin dilaksanakan oleh Sahibus Samahah Datuk Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Datuk Setia Haji Mohd Tamyes Abdul Wahid pada pagi 31 Ogos 2016 di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.
Norashikin, 45, yang berasal dari Kuala Lumpur adalah anak bongsu daripada tiga beradik.
Beliau pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada 2005 (ASA2005).
sumber pic klik sini
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW