Get $25 free
loading...

saya percaya ada jodoh yang menanti siti nordiana

7-22Saya-Percaya-Ada-Jodoh-Yang-Menanti2

Sejak kegagalan rumah tangga dengan bekas suami, arwah Mohd. Faizal Yusup tujuh tahun lalu, Siti Nordiana akui tidak pernah berkecil hati apabila ada pihak mempertikaikan jodohnya yang masih belum tiba dan sentiasa berfikiran positif mengenai perkara itu.

BACA: Siti Nordiana Nafi Bercinta Dengan Pengurus Sendiri

Menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal membesarkan Muhammad Rayyan Nakhaie seorang diri memberi banyak pengertian hidup buat diri saya. Oleh sebab itu, saya tidak akan terburu-buru untuk segera menamatkan zaman solo. Biarlah orang nak kata apa pun, terpulang kepada mereka. Saya percaya ada jodoh yang menanti

300x250-Roti-Kaya.jpg

Ada orang kata saya memilih lelaki apatah lagi selepas menang Gegar Vaganza. Maklumlah saham tengah naik. Sebenarnya saya tidak sebegitu. Paling penting si dia mesti menerima kehadiran saya dan Ryyan seadanya. Cukup dengan syarat itu untuk mencairkan hati wanita saya, katanya kepada Utusan Online.

Tambahnya lagi, selepas menjuarai pertandingan nyanyian, Gegar Vaganza membuatkan beliau masih tidak terfikir mengenai isu perkahwinan. Namun begitu menurut Nana, beliau tidak pernah menutup pintu hatinya untuk menerima cinta baru walaupun namanya semakin kembali memuncak selepas memenangi pertandingan itu. (rkty/w)

BIW_300x250.jpg



SUMBER
Utusan Online

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Previous
Next Post »
loading...