Get $25 free
loading...

Isteri ezany nizariff disabitkan nusyuz oleh pihak mahkamah

Ezany-Nizariff-Isteri-Bakal-Bercerai-ROT

Mahkamah Rendah Syariah Petaling hari ini membenarkan permohonan nusyuz atau derhaka yang difailkan oleh pelakon, Ezany Nizariff terhadap isterinya, Lizda Nuryanti. Keputusan terbabit telah diputuskan oleh Hakim Syarie, Mohd Azlan Mohd Azhar sebentar tadi.

BACA: Pendedahan Isteri, Ezany Nizariff Malu Dengan Datin Paduka

Dalam keputusan itu, mahkamah mensabitkan nusyuz terhadap defendan Lizda Nuryanti mulai 17 Julai 2014. Mahkamah juga mensabitkan defendan mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Oleh yang demikian, defendan tidak layak mendapat nafkah bermula tarikh sabitan hari ini sehingga defendan kembali taat, katanya kepada Sinar Harian.

300x250-Roti-Kaya.jpg

Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani@ Mohd Zohri Mohd Nizariff telah memfailkan permohonan itu pada 22 Julai 2014 di mahkamah yang sama. Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 60(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 setelah Lizda Nuryanti keluar dari rumah mereka di Seri Kembangan pada 17 Julai lalu.

Sebelum ini, pergolakan rumah tangga pasangan ini mula tercetus selepas Ezany Nizariff mengakui isterinya meminta untuk diceraikan sebelum membuat laporan polis berhubung dakwaan wanita berkenaan dilarikan oleh seorang lelaki dikenali pada 17 Julai 2014 lalu. (rkty/w)

BIW_300x250.jpg

SUMBER
Sinar Harian

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Previous
Next Post »
loading...