Get $25 free
loading...

CERITA SEBENAR DR ZAKIR SEKOLAHKAN SEMULA PELAJAR PERUBATAN YANG TIDAK TAHU

Untitled.png

GONG BADAK – Seorang hadirin mendakwa, Kerajaan Malaysia tidak menghargai pelajar perubatan sepertinya dalam sesi soal jawab bersama Dr Zakir Naik di Stadium Tertutup Gong Badak, cetus pelbagai reaksi netizen di media sosial, semalam.

“Kenapa kerajaan tidak menghargai pelajar

perubatan seperti saya yang mungkin akan menemui penawar penyakit kanser?

“Kerajaan mengenakan caj pengajian yang tinggi sehingga memaksa pelajar seperti saya berhutang dan menanggung riba,” soal pelajar berkenaan yang menerima tepukan dan sorakan gemuruh dari hadiran yang lain.

“Berapa yuran pengajian doktor di Malaysia?” tanya Dr Zakir padanya.

“RM3,600 setahun!” jawabnya.

Terkejut dengan kos yang dinyatakan, berikut penjelasan beliau:

“Kos pengajian perubatan di kebanyakan negara mencecah US$100,000. Kira baik kerajaan memberi subsidi yang banyak untuk belajar perubatan. Lagipun Malaysia ada pinjaman tanpa faedah, kenapa pergi buat pinjaman yang mengamalkan riba?

“Itu adalah salah awak sendiri. Di Malaysia ada Pusat Zakat dan Baitulmal. Kalau tidak mampu, boleh mohon bantuan dari dua pusat berkenaan,” jelas beliau.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau sanggup membiayai pengajian pelajar terbabit dengan rakan-rakannya, namun jangan salahkan kerajaan Malaysia. – SUMBER

Sumber: vivamerah

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih


Previous
Next Post »
loading...