Hati-hati Berbuka Puasa Di Restoran “Steak”

ISU halal dan haram makanan yang menjadi darah daging kita bukan perkara yang boleh diambil mudah.

Bulan Ramadhan bertandang lagi dan sekali lagi kita menyaksikan hotel-hotel mewah mempromosikan harga “Buffet Ramadhan” yang tidak masuk akal.

Pada masa yang sama restoran-restoran yang menyajikan “steak” menjadi pilihan mereka yang mencari kelainan ketika berbuka puasa. Namun ia tidak sepatutnya membuatkan kita mengambil mudah isu halal haram makanan berbuka kita.

Baru-baru ini penulis mengunjungi sebuah restoran “steak” terkenal di Lembah Kelang. Dari pemerhatian, kebanyakan restoran “Steak” tidak mesra umat Islam.

Boleh dikatakan hampir 90% restoran “Steak” tidak mempunyai sijil halal. Malah mereka enggan “melayan” atau memberi keistimewaan kepada umat Islam yang menempah untuk berbuka puasa atas alasan perkara tersebut tidak ada dalm polisi syarikat mereka.

Ini bermakna selain daripada restoran “Steak” tidak mempunyai sijil halal, mereka juga tidak memberi sebarang prioriti kepada umat Islam yang ingin berbuka di restoran tersebut. Angkuh bukan polisi perniagaan restoran “Steak” terkemuka ini. Perlukah kita berbelanja direstoran seperti ini? Tepuk dada tanya maruah.

– PRU14.tv

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...