Ditinggal Suami TAK BERTALI. Tapi Takut Nak Minta CERAI. Sebab Suami Ada….. | Saya berkahwin pada usia 15 tahun dengan salah seorang kaum kerabat keluarga saya juga..apa sebabnya biarlah ia jadi pengajaran buat saya, yang pastinya ia meremukkan hati ibu bapa saya..seluruh keluarga dia tak suka saya katanya saya musnahkan hidup suami, sedangkan saya berhenti sekolah untuk selamatkan suami dan nama baik keluarga mereka..saya dicemuh teruk, ramai ibu bapa warning pada anak gadis mereka jangan hampiri saya..saya ancaman yang besar untuk masa depan anak mereka..
Boleh bayangkan bagaimana saya harus teruskan hidup tanpa kelulusan dan nama yang tercalar teruk?saya alami depression yang teruk..saya harapkan suami akan terima dan bahagiakan saya,tapi hampa..dan ya,saya pernah dipukul,dicekik sehingga dah rasa penghujung nyawa,dimaki usahlah kata,sehingga seluruh keluarga saya dibabitkannya,dia hampiri saya apabila ingin ‘bersama’ atau lapar saja..
Tak sampai setahun kami hidup bersama, pindah randah, hidup berjauhan, ditambah dengan pengacau rumah tangga kami lagi..akhirnya kami bergaduh besar, puncanya saya tegur dia memberi pinjam motor kepunyaan saya pada rakannya tanpa minta izin..motor yang dibeli dengan titik peluh saya tapi saya beri suami menggunakannya untuk kemudahan suami memandangkan tempat kerja saya dekat dengan rumah sewa,saya berjalan kaki walaupun pulang tengah malam sendirian..
Impak pergaduhan tersebut dia halau saya serta gantung saya tak bertali,saya lari dari keluarga dan mulakan hidup baru..tak ada kerja, tak ada tempat tinggal, tak ada pengangkutan, saya cuma harapkan ehsan orang sampai saya ada kerja..lama saya tak balik kerana terlalu marah dan merajuk hati akan keluarga juga sampai saya kenal seorang lelaki..dipendekkan cerita,kami decide nak kahwin..
Sepanjang perbicaraan,dia gelisah,menggaru dan bermain jari..saya kemukakan setiap sebab penceraian dan Hakim meminta sebab kenapa saya tidak menuntut apa-apa dari suami,jawapan saya mudah “jika ketika kami menjadi suami isteri pun dia tidak menjalankan tanggungjawab serta memberi nafkah,untuk apa saya terus mengharap pada yang tak pasti?saya yang menanggungnya setiap bulan..saya tak perlukan duit suami untuk teruskan hidup..biarlah suami menjawab di depan Allah kelak,dan biar DIA saja yang adilinya nanti..”..saya bukan riak, tapi saya mahu memberi tamparan padanya..sekian lama dia melihat saya sebagai seorang yang penakut,pengecut serta berlemah lembut dalam berkata..
Memiliki kisah lalu yang hitam, bukan penamat hidup seseorang..menjadi janda bukan sial..Allah menguji kita kerana DIA tahu kita mampu..bangkitlah wanita yang dianiaya, kelak kamu pasti kan menikmati manisnya hidup.. Bekas Janda via IIUM. P/S : Semoga kisah ini menjadi kekuatan kepada isteri-isteri yang teraniaya dan diabaikan suami. Kongsikan pada yang lain.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW