Get $25 free
loading...

Malaysia Hampir Hilang Pelaburan RM31 Bilion Kerana Orang Berhati Busuk

Negara hampir hilang peluang pelaburan RM31 bilion daripada syarikat Aramco dalam projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di daerah Pengerang, Johor kerana perbuatan jahat dan tidak patriotik pihak terentu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan syarikat tersebut ada menerima maklumat dan fakta yang tidak betul daripada rakyat negara ini sendiri yang mendakwa situasi politik negara ini tidak stabil dan kerajaan hampir bankrap serta tidak mampu membayar gaji kakitangan kerajaan.

Beliau berkata, selepas menerima penerangan dari kerajaan berkenaan fakta sebenar, keyakinan Aramco dengan Malaysia berjaya dipulihkan.

“Hampir-hampir rezeki yang patut datang terlepas dari tangan, ini kerana ada orang yang tiada perasaan, tidak berhati perut, motif mereka adalah kerana politik tetapi yang jadi mangsa adalah rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran program Ekspresi Negaraku di Dataran Putrajaya hari ini.

Turut bersama-sama dengan PM, ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dan menteri-menteri Kabinet.

Menurut Najib, beliau juga kesal dengan tindakan seorang bekas pemimpin negara yang mendakwa Malaysia adalah antara 10 negara yang paling teruk mengalami masalah rasuah.

“Padahal, kita sebenarnya dalam kedudukan 55 dari senarai 160 negara, kita tidak seburuk mana, sebagai Perdana Menteri saya boleh terima bahawa masih ada ruang penambah baikan tetapi saya tidak boleh terima (cara) hendak jatuhkan kerajaan tetapi burukkan imej Malaysia,” katanya.

Berucap dalam majlis tersebut, Najib berkata, rakyat Malaysia wajar memiliki semangat patriotik dan jati diri untuk memelihara imej negara dan mempertahankan tanah air daripada sebarang anasir dalaman dan luaran.

Mengambil contoh beberapa peristiwa baik dan buruk yang berlaku di dalam negara, Najib berkata sebagai rakyat yang cintakan Malaysia, semua pihak perlu terus mempertahankan negara daripada ancaman dalaman dan luaran.

Antara contoh ‘buruk’ yang disentuhnya ialah peristiwa pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah pada 3 Mac 2013, yang mengorbankan anggota pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mengimbau peristiwa itu, beliau berkata apabila pasukan keselamatan cuba masuk ke dalam sebuah rumah di Kampung Sri Jaya, Semporna untuk menangkap anasir luar terbabit, mereka telah diserang hendap kerana tindakan seorang anggota berpangkat koperal yang membocorkan maklumat operasi.

“Dalam peristiwa itu, enam patriot pasukan PDRM termasuk dua pegawai telah dibunuh dengan cara paling zalim dan kejam. Apa yang menyedihkan saya dan rakyat Malaysia, mereka terkorban kerana ada musuh dalam selimut,” katanya.

Tambahnya, peristiwa sedih yang tidak dapat beliau lupakan itu berlaku kerana rakyat yang tiada semangat patriotik dan sanggup bersubahat dengan pihak musuh. – pru14.tv

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...