Ada satu kebodohan yang ada dalam pakatan parti dalam pembangkang yang mungkin tidak disedari mereka iaitu mereka gagal menggunakan pemimpin berkualiti untuk perjuangan mereka dalam politik di negara ini.
Biarpun pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), mereka seakan berjaya menang di beberapa buah negeri termasuk Selangor dan Pulau Pinang, tetapi di peringkat Persekutuan mereka masih gagal dengan teruk sekali.
Pada masa itu, mereka dipimpin oleh banduan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dan kemudian pada PRU13, mereka hanya berjaya mengekalkan negeri Selangor dan Pulau Pinang sahaja. Pada ketika itu majoriti Barisan Nasional (BN) juga meningkat.
Kini mereka mengutip tiga bekas pemimpin UMNO iaitu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan gabungan itu semakin goyah.
Sudah kelihatan perpecahan dalam pembangkang ekoran rasa tidak puas hati kerana begitu memberi muka kepada Dr Mahathir biarpun sebelum ini bekas PM itu kuat mengutuk dan mengkritik mereka.
Lebih-lebih lagi Muhyiddin sudah dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri interim jika pakatan pembangkang kini iaitu Pakatan Harapan menang pada PRU14 manakala isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan dilantik sebagai Perdana Menteri sementara.
Mereka juga bakal berdepan kehilangan seorang demi seorang pemimpin apabila mereka semua dihukum penjara akibat kesalahan mereka sendiri.
Antaranya ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. Guan Eng berdepan tuduhan rasuah di mahkamah manakala Rafizi sudah dihukum penjara kerana mendedahkan kandundan dokumen yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Itu belum lagi Muhyiddin yang berdepan skandal seks yang kini mendapat perhatian umum berkaitan apakah kesudahannya.
Konflik-konflik ini akan membuatkan Pakatan Harapan terkini pembangkang juga bakal tersungkur selepas selesai PRU14 dan mungkin juga bakal kehilangan negeri Selangor pimpinan Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang boleh tahan banyak juga konfliknya.
Kerjasama dan usaha yang mereka lakukan bakal sia-sia sekali lag bahkan ia menuju kekalahan yang teruk kerana mereka ada pemimpin yang teruk dan mungkin mereka tidak menyedarinya. – pru14.tv
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini
