Get $25 free
loading...

Toleransi beragama VS Liberal Logic - Mereka HANYA terima jika tepat dengan hawa nafsu mereka saja

TOLERANSI BERAGAMA DI MALAYSIA VS LIBERAL (ILL) LOGIC
Toleransi beragama adalah sikap lapang dada seseorang untuk menghormati dan membenarkan pemeluk agama untuk melaksanakan ibadah mereka menurut ajaran dan ketentuan agama masing-masing.
Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
Perkara 11 pula menyatakan secara spesifik tentang kebebasan beragama yang sememangnya didokong oleh perlembagaan. Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya. Penyebaran agama pula tertakluk kepada Fasal 4 yang memberi peruntukan undang-undang untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
Mengikut kerangka kenegaraan Malaysia yang sedia ada, tidak wujud isu agama lain didiskriminasi atau tiada toleransi dalam beragama di Malaysia. Setiap rakyat diberi kebebasan untuk menjadi penganut agama yang ‘devouted’ atau taat dalam kerangka agama masing-masing. Tidak boleh dipaksa seseorang rakyat dalam negara ini untuk menganut agama tertentu.
Masalah timbul adalah apabila golongan liberal cuba untuk memanipulasi frasa “toleransi agama”.
Menurut Siti Kasim,
To be tolerant is you respect my rights and not imposing your belief on me”.
Bagi mereka, toleransi agama adalah apabila mereka boleh mengisytiharkan bahawa mereka adalah penganut agama tertentu tetapi mereka berhak meng interpertasi agama mengikut kemahuan mereka. Golongan ini bukan sahaja mahu menyatakan (contohnya) “Aku Islam tetapi aku mahu minum arak”; bahkan mereka tidak mahu pihak berkuasa, kerajaan mahupun masyarakat untuk menyatakan bahawa perbuatan mereka itu salah di sisi ajaran agama yang sebenar.
Bagi mereka, tidak ada perbuatan yang salah atau betul dalam beragama. Tiada undang-undang, tiada peraturan. Dosa pahala biarlah antara mereka dengan Tuhan. Oleh kerana itu kita dapati golongan inilah yang paling kuat menentang sebarang pemerkasaan undang-undang agama di negara ini seperti RUU 355 yang sudah pun menjadi mangsa polemik.
Saya merupakan salah seorang penonton dalam forum Toleransi Agama dan Malaysia Baharu anjuran Projek Dialog. Di hujung sesi saya telah bangun bertanya satu soalan yang pada hemat saya sangat mudah (simple).
Soalan saya: 
Setiap bidang ilmu tu ada disiplinnya. Ada kerangka kefahamannya. Sebagai contoh saya sebagai seorang jurutera - ada set of standards yang perlu diikuti. Jika ada seorang jurutera lain dalam projek saya menyatakan bahawa dia tidak mahu mengikut standard yang telah ditetapkan kerana menurut interpretasi beliau, spesifikasi dalam standard tersebut adalah “unnecessary”. 
Sebagai seorang jurutera, untuk melakukan sebarang “deviation” – kita perlulah melalui proses “Management of Change” yang dimulakan dengan “Technical Query” untuk memastikan bahawa “deviation” tersebut tidak akan membawa kepada masalah lain seperti fasiliti yang dibina tidak selamat dan sebagainya. Tidak berhak untuk seseorang jurutura itu menafikan sebarang spesifikasi dalam standard tertentu hanya kerana dia merasakan tidak perlu.
Begitu juga dengan Islam. Islam ada sains nya, ada disiplin dan kerangka ilmu yang perlu dihormati. Saya memberi contoh yang saya ada ramai kawan Muslimah yang tidak memakai tudung. Saya memang tidak menyokong seandainya ada pihak yang “harass” atau mengganggu mereka atau melabelkan mereka sebagai jahat atau tidak bermaruah. Saya sangat-sangat tidak bersetuju. Tetapi menjadi tanggungjawab saya untuk membimbing dan memberi tahu mereka bahawa Islam meletakkan hukum menutup aurat itu sebagai wajib bagi mereka yang sudah memenuhi syarat dan ia adalah satu perbuatan dosa jika diingkari.
Kak Siti menyambut soalan ini dengan sangat berang dan saya terasa seperti mahu ditelannya. Dia menyatakan bahawa saya adalah contoh orang muda yang telah didoktrinasi dengan kefahaman yang salah.
Silap saya.
Mungkin saya perlu memberi analogi yang lebih mudah seperti berikut.
Anak saya telah mendaftar masuk sebagai pelajar di sekolah A. Salah satu peraturan sekolah adalah perlu hadir sekolah sebelum 7.30 pagi. 
Ada sekolah B di sebelah yang memulakan sesi persekolah pada pukul 8.30 pagi. 
Oleh kerana anak saya telah mendaftar di sekolah A dan mahu kekal di situ, dia perlu hadir ke sekolah pada pukul 7.30 pagi walaupun perkara tersebut amat sukar baginya yang memang liat bangun pagi. 
Dia perlu mematuhi peraturan sekolah A jika ingin kekal menjadi pelajar di situ. Anak saya tidak berhak menyatakan kepada pihak sekolah A bahawa tiada tindakan disiplin yang boleh dikenakan ke atasnya atas alasan waktu persekolahan Sekolah B adalah 8.30 pagi.
Adakah analogi ini juga masih susah untuk difahami?
Bagi golongan liberal; memang susah.
Bagi mereka, semua perkara yang tidak mengikut kemahuan mereka adalah “mind boggling”; kerana mereka tidak mematuhi mana-mana susunan (sains) atau disiplin ilmu.
Mereka hanya ingin mengikut hawa nafsu mereka.
Previous
Next Post »
loading...