Jelasnya, tindakan itu pernah dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 2008 sewaktu gabungan Pakatan Rakyat ketika itu berjaya mengambil alih pemerintahan daripada BN.
Ramai yang menegur prestasi Ahli Parlimen di Parlimen, berucap dalam bahasa yang lemah, kesat dan kurang sopan.
"Bagi yang lemah tak salah bagi Parlimen menganjurkan kursus bahasa... Kalau tak malu nanti kita dengar penguasaan bahasa yang jauh lebih lemah daripada pelajar SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi pertemuan bersama sasterawan dan budayawan di pejabatnya di sini petang tadi.
Antara yang hadir ialah Sasterawan Negara, Datuk Seri Abdul Samad Mohamed Said dan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Omar Jaafar. - K! ONLINE