Get $25 free
loading...

(PH TAK LAMA, SEDANG BERGOLAK) Anwar mula persoal Mahathir


ANWAR SUDAH MULAI PERSOAL MAHATHIR

Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pendirian parti beliau yang membuat keputusan SEGERA bersetuju dengan perlantikan Tun Dr. Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri, sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU 14. 

PKR meminta pandangan tersebut sewaktu beliau berada di dalam penjara lagi dan beliau berpendapat bahawa ianya tidak perlu disegerakan. 

Tidaklah pula diketahui apakah motif beliau berkata demikian di saat ini, samada beliau kecewa dengan partinya (sebelum ini)  ATAU beliau sudah bersedia menongkah arus menentang Perdana Menteri.

Ramai pemerhati dan penganalisis berpendapat bahawa harapan untuk Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri semakin sukar dengan pelbagai tindakan dan kenyataan para pemimpin PPBM terhadapnya dan PKR. 

Di samping GAGAL MENUNAIKAN JANJI & MANUFESTO, Pakatan Harapan kini dlihat rakyat Malaysia sedang memacu negara ke arah kehancuran di samping konflik dan krisis dalaman yang semakin membarah. 

Rakyat Malaysia, Barisan Nasional, Gagasan Sejahtera dan parti-parti pembangkang lain boleh terus berdiam diri dan bersikap lesu  sekiranya ingin melihat kehancuran Malaysia angkara Pakatan Harapan.

By :
Zamhuri Mohd Tahir
Previous
Next Post »
loading...