Get $25 free
loading...

PERPADUAN UMMAH amat menakutkan Kafir, pasti usaha SABOTAJ sedang diusahakan


4 Ogos 2018, boleh dicatat sebagai tarikh keramat bagi bangsa dan agama di bumi pertiwi Malaysia. Malah, Pedang melihat bibit-bibit pertautan mula berlaku sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Kandis lagi, apabila PAS memberi laluan kepada UMNO meletakkan calonnya.
Biarpun, ketika kempen PRK itu PAS dan UMNO tidak sepentas, daripada kenyataan media yang dikeluarkan pemimpin kedua-dua parti itu, termasuk oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, sudah menunjukkan kesepakatan mereka demi survival Islam dan Melayu.
Kedua-dua parti konservatif Melayu Islam itu secara tidak langsung bersetuju ‘berganding bahu’ menentang Pakatan Harapan (PH) dalam PRK Sungai Kandis.
Tidak menolak kekurangan pemilih yang keluar mengundi menjadi antara sebab majoriti PH menurun, walaupun menang, Pedang melihat prestasi PH dalam PRK pertama selepas PRU14 ini merosot. Bagi Pedang, PRK Sungai Kandis adalah garis ukur penilaian rakyat terhadap janji 100 hari PH.
Dalam PRK itu, prestasi PH menjunam, apabila berdasarkan perkiraan numerikal politik yang ringkas, dengan mengambil kira faktor jumlah undi semata-mata tanpa faktor luaran yang lain, parti pemerintah dilihat semakin hilang taring.
Pertama, berdasarkan data PRU12 hingga PRU14, secara purata, PKR di DUN Sungai Kandis (dahulunya dikenali sebagai Seri Andalas) mendapat 12,772 majoriti undi. Namun, dalam PRK kali ini, undi majoriti PKR merosot kepada cuma 5,842.
Kedua, peratus yang turun mengundi di kubu PKR, kali ini juga menurun dengan mendadak. Kali ini, cuma 49.4 peratus pengundi berdaftar yang menunaikan tanggungjawab.
Iya! Banyak sebab pemilih berdaftar tidak turun membuang undi. Namun, Pedang dengar desas desus mengatakan orang Melayu Sungai Kandis atas pagar yang pada PRU14 lalu menyokong PH, kini sudah tawar hati. Ini disebabkan Kerajaan Persekutuan di bawah PH sekarang dilihat menindas Islam dan Melayu.
Namun, barangkali bukan itu yang menggusarkan PH. Sebaliknya, penyatuan UMNO dan PAS itu sendiri yang menjadi mimpi ngeri kerajaan pemerintah yang dikuasai DAP dan elemen anti-Islam.
Pasti! UMNO akan memberi laluan pula kepada PAS untuk meletak calonnya menghadapi PRK Seri Setia. Pasti! Pemimpin-pemimpin UMNO akan mengeluarkan kenyataan media meminta pengundi Melayu dan umat Islam menyokong calon PAS dalam PRK Seri Setia.
Yang Pedang tidak pasti adalah sama ada pemimpin PAS dan UMNO akan duduk sepentas berkempen. Halangan bukan di pihak UMNO yang Pedang lihat bersedia duduk sepentas dengan PAS.
Pemimpin UMNO sudah celik daripada lena yang panjang 60 tahun. Pedang lihat UMNO semakin sedar hakikat bahawa mereka tidak boleh lagi memandang ke atas ketika berjalan – kena tunduk dan lihat jalan yang hendak dilalui supaya tidak tersepak batu atau terjatuh ke dalam sungai.
Namun, yang Pedang lihat adalah halangan daripada PAS untuk pemimpin mereka duduk bersama UMNO di atas pentas politik berkempen pada PRK Seri Setia.
Dalam pada masih ada pemimpin PAS yang terus ‘membelasah’ UMNO, menyamakan UMNO dengan PH, PAS seolah-olah masih mahu berdiri sendirian berjuang untuk agama, bangsa dan negara.
Pedang sentiasa memerhati perkembangan politik PAS dan UMNO. Yang mudah diajak berunding sekarang ini adalah UMNO. Yang sukar diajak berunding sejak dahulu hingga sekarang adalah PAS.
PAS tidak boleh menerima kekesalan UMNO selama memerintah negara. PAS tidak boleh menerima pengakuan bersalah UMNO. PAS masih mengungkit-ungkit sejarah pemerintahan UMNO. Inilah penghalang besar penyatuan kedua-dua parti Melayu dan Islam sekarang.
Pasti! Gabungan PAS-UMNO mencetuskan kebimbangan kepada PH, sementelahan pula semenjak berkuasa pakatan yang turut dianggotai parti rasis dan cauvinis DAP itu semakin besar kepala dan biadab terhadap Islam, Melayu dan institusi raja.
Apabila ada usaha menggabungkan dua blok kuasa Melayu Islam ini, sudah pasti elemen kafir, Evangelist dan anti-Islam akan meliuk-liuk bagai cacing kepanasan. Lantas, mereka akan sedaya-upaya mensabotaj. Apa sahaja metod akan digunakan, agar Islam itu terpisah-pisah.
Jadi, Pedang cabar PAS dan UMNO supaya keluar daripada kepompong yang menghalang mereka daripada bersatu demi agama, bangsa dan negara. Duduklah, sepentas dalam kempen PRK Seri Setia nanti.
Seperkara lagi. Kedua-dua parti mestilah mendengar pendapat pihak yang berada di luar parti. Bukannya orang dalam parti yang akan memberi pendapat yang bias atau berat sebelah kepada parti mereka sahaja. Mesti ada ‘orang tengah’ yang menjadi pengantara penyatuan dua parti ini.
Kata Pedang: Kenapa Islam mengingatkan umatnya mengenai sikap ego, riak, bangga, sombong? Sebab yang akan terjerumus dengan sikap ini adalah umat Islam sendiri. Wallahualam!
Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang ismaweb.net 
Previous
Next Post »
loading...