Get $25 free
loading...

penduduk berhimpun BANTAH penutupan RTC Rembau


REMBAU, 17 Ogos (Bernama) --  Sekumpulan 50 penduduk berhimpun di hadapan Masjid Jamek An-Nur di sini bagi menyatakan bantahan terhadap penutupan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Rembau yang diumumkan Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun, baru-baru ini.

Kumpulan terbabit diketuai  Anggota Dewan Undangan Negeri Chembong Datuk Zaifulbahri Idris yang menegaskan bantahan itu bukan bermotifkan politik, sebaliknya demi kepentingan masyarakat di daerah berkenaan.

“Kita tahu sejak adanya RTC ini, ia banyak memberi manfaat dan faedah kepada penduduk Rembau khususnya orang-orang kampung. Jadi mereka tidak perlu bersusah payah pergi ke pusat bandar atau Seremban untuk mendapatkan perkhidmatan.

“Namun penutupan RTC ini bukan sahaja menjejaskan kepentingan masyarakat di sini tetapi turut  akan menyukarkan mereka kerana terpaksa  berulang-alik dari Rembau ke Seremban,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Zaifulbahri  mengalu-alukan keputusan kerajaan negeri untuk membuka sebuah lagi RTC di Jempol, namun pada masa sama berharap  operasi RTC Rembau dikekalkan..... - bernama
Previous
Next Post »
loading...