Get $25 free
loading...

(PENASIHAT BERKUASA) Tun M sahkan Henti langganan Utusan Malaysia, Menteri tak tahu



Dr Mahathir mengakui langganan akhbar Utusan Malaysia dihentikan bagi institusi di bawah Kementerian Pendidikan namun tiada larangan ia dibaca oleh sesiapa sahaja.

"Langganan dihenti, tetapi kita tak larang nak baca. Nak baca, bacalah. (Namun) kenapa kita nak beli satu paper (akhbar) yang selalu hentam kita. Kita tidak perlu membelinya.

"Sekiranya orang nak membacanya dalam sekolah, di luar sekolah, mereka bebas berbuat demikian. Kita tak larang, bukan kita nak tangkap, nak koyak, nak bakar apa semua, tak dak," katanya.




Sebaliknya Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik tidak mengetahui tentang memo yang dikeluarkan kementeriannya untuk menghentikan langganan surat khabar Utusan Malaysia seperti yang dilaporkan. 

Katanya, beliau tidak pasti tentang maklumat itu kerana beliau hanya berada di Parlimen bukannya di bangunan Kementerian Pendidikan.

Adakah Perdana Menteri mengarahkan Penasihat Menteri, Wan Saiful Wan Jan tanpa memaklumkan kepada Menteri terlebih dahulu. 

Adakah Tun M cuba memberi kuasa kepada Wan Saiful secara perlahan-lahan dan akhirnya akan mengangkat Wan Saiful sebagai Menteri KPM.

Kenyataan Wan Saiful juga agak pelik kerana mempertahankan tindakan beliau menulis memo mengarahkan KSU tanpa pengetuan Menteri. 

"saya rasa tidak patut menteri tahu" katanya 
Previous
Next Post »
loading...