Get $25 free
loading...

[MUSLIM, MELAYU RESAH] PAS gusar polisi kerajaan PH


PAS gusar polisi kerajaan
Oleh : ROSLINDA HASHIM
ALOR SETAR - Pas melahirkan kegusaran terhadap polisi kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) yang dilihat tidak mengutamakan isu berkaitan pemerkasaan institusi agama, institusi raja dan bahasa kebangsaan.

Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, ini menyebabkan Dewan Ulamak Pas Pusat mengeluarkan ketetapan agar tidak mengundi PH untuk menolak mudarat yang lebih besar pada PRK Sungai Kandis.
Menurutnya, panduan itu diuarkan agar pengundi Pas melihat kesan buruk terhadap kedudukan Islam dan Melayu sekiranya memilih calon PH.
“Kerajaan perlu lakukan perubahan dan tidak pinggirkan suara pihak lain dalam isu pendidikan (UEC), Islam (Jakim) serta sosial (LGBT). Pas mahukan penjelasan bagaimana kerajaan meletakkan isu-isu ini agar tidak jejaskan kedudukan Melayu,” katanya selepas Dialog Gerakan Belia Pasca Malaysia Baharu, anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Kedah, semalam.
Ahmad Tarmizi berkata, saranan Dewan Ulamak itu juga lebih kepada pertimbangan syariah, kerana Pas tidak bertanding pada PRK Sungai Kandis.
“Ia juga memberi mesej kepada kerajaan termasuk BN bahawa Pas tidak kompromi hal-hal berkaitan kepentingan Islam dan Melayu,” katanya.
Menurutnya, kerjasama Pas-Umno itu merujuk kepada kerjasama pembangkang secara konstruktif, di mana masih ada isu yang dipersetujui bersama dan ada isu tidak sehaluan.
“Umno telah buktikan mereka gagal ketika menjadi kerajaan dan membawa kerugian kepada Islam, namun Umno kini tidak lagi berkuasa. Mereka tidak boleh buat apa-apa, sama seperti Pas selaku pembangkang,” katanya.
Ahmad Tarmizi berkata, dalam konteks kematangan berpolitik ini, Pas mengharapkan agar Umno berubah.
“Mereka sudah ditolak rakyat, mereka perlu berubah tiada pilihan lain kerana Umno tak akan dapat bertahan dalam kedudukan politik negara jika masih tak berubah. Pas pula konsisten menolak perkara yang mendatangkan kerugian kepada Islam, sama ada Umno jadi kerajaan atau pembangkang,” katanya.
Menurutnya, hanya dalam aspek tertentu sahaja Pas menjalinkan kerjasama bersama Umno dalam mengukuhkan barisan pembangkang.
“Namun dalam kes IMDB, pendirian kita tetap mahu Umno bertanggungjawab dan mahu parti itu disiasat dan diambil tindakan,” katanya.
Previous
Next Post »
loading...